Di Filipina, Sesuka Hati Batal ‘Order’ Makanan, Hvkuman Penj4ra Menanti Pelanggan

Terlibat dalam perkhidmatan runner ataupun penghantaran makanan bukanlah satu pekerjaan yang mudah seperti disangkakan. Lebih gerun lagi apabila para penghantar makanan berdepan dengan pelbagai risiko termasuklah dari segi keselamatan dan juga kerugian yang berganda.

Sudah banyak keluhan dan juga insiden yang dilaporkan di media sosial yang memaparkan nasib para rider ini sering kali diketepikan. Terlibat dalam kem4langan mavt, pelanggan sengaja mencari masalah malah ada yang khianat dengan membatalkan pesanan saat akhir dan menyebabkan rider tersebut menanggung kerugian yang besar.

 

Disebabkan itu, kerajaan di Filipina telah merangka satu rang undang-undang yang bakal menyatakan bahawa para pelanggan yang sengaja membatalkan pesanan pada saat akhir, bakal menerima hvkuman penj4ra selama enam tahun.

Sekirangnya undang-undang ini diluluskan, setiap pelanggan akan menghadapi hvkuman jika dia membatalkan makanan yang telah dibayar oleh penghantar makanan.

Rancangan ini dilakukan kerana negara itu menerima permintaan yang tinggi dalam sektor perkhidmatan penghantaran makanan semenjak krisis COVID-19 melanda dunia. Semakin tinggi perkhidmatan digunakan, semakin banyak kes-kes seperti pembatalan saat akhir pesanan yang diterima.

 

Kebanyakan kes seperti ini dilaporkan kes khi4nat yang dilakukan oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab. Jadi, Dewan Perwakilan setempat telah mengusulkan Rang Undang-Undang Perlindungan Makanan dan Barang Bekalan.

Oleh itu, mereka yang berniat untuk menipu dan menganiaya penghantar makanan bakal berhadapan dengan tindakan penj4ra hingga enam tahun atau denda 100,000 peso yang bersamaan RM8,500.

Walaubagaimanapun, denda ini tidak akan dikenakan sekiranya ada pelanggan yang membatalkan pesanan mereka kerana telah menunggu lebih dari satu jam, atau sudah membuat pembayaran.

 

Sumber: The Vocket.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Hiburan Netizen

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Di Filipina, Sesuka Hati Batal ‘Order’ Makanan, Hvkuman Penj4ra Menanti Pelanggan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Shares