Cinta Hingga Akhir Hayat, Suami ‘Pergi’ Selepas Beberapa Jam Isteri Mninggal

Apabila teman hidup kita menghembuskan nafas terakhir, sudah pasti timbul rasa sebak di dalam dada. Namun, semua perkara pahit itu harus ditelan dan diterima dengan hati terbuka. Tapi lain pula cerita yang terjadi pada sepasang suami isteri warga emas di Indonesia ini.

Selepas si isteri pergi buat selama-lamanya, siapalah yang dapat menduga suaminya pula menyusul. Perkara sebak itu dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Bidan WhanyRannu sekali gus meraih ribuan perkongsian.

Semoga kedua-duanya husnul khotimah

Saya perlu mencari tahu apa amalan mereka

Menurut pendedahan individu berkenaan, Allahyarhamah nenek ini yang bernama Maimunnah Yunus telah menghembuskan nafas terakhir pada hari Ahad, jam 1.30 tengah hari. Kisah mereka menjadi lebih sebak apabila suaminya, Batry Selkam pula dijemput Illahi 12 jam selepas pemergian isteri tercinta.

Tidak ketinggalan, seorang lelaki bernama Akbar (rakan kepada anak Allahyarham) juga sempat berkongsikan rasanya tentang pemergian sebak ini.

Kata Akbar, dia juga terharu melihat cara kedua-dua warga emas ini pergi menghadap Illahi. Dia juga mengakui agak cemburu melihat cinta sejati tersebut. Netizen yang mengetahui tentang berita ini juga terkejut dan menitipkan takziah atas pemergian tersebut.

Kasih yang suci bawa ke mat1

Semoga roh dicucuri rahmat Allah

Kuasa Allah kita tak jangka

 

Sumber : Facebook Bidan WhanyRannu, Akbar M, Harian Metro, Penang Kini, Kisah Dunia

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Cinta Hingga Akhir Hayat, Suami ‘Pergi’ Selepas Beberapa Jam Isteri Mninggal"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Shares