Berkelambu demi capaian Internet, pelajar UPSI buat ‘group presentation’ dalam hutan

Seorang pelajar tahun akhir Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang dikenali sebagai Rose ED terpaksa ‘berkampung’ di dalam hutan, demi mendapatkan talian Internet bagi melakukan ‘presentation’ berkumpulan atas talian.

Menerusi posting di laman Facebook, gadis yang berasal dari daerah Pakan, Sarawak itu menggunakan kelambu bagi mencegah gigitan nyamuk sebelum membuat persiapan untuk ‘presentation’ tersebut.

Sepatutnya selesai minggu lepas, tapi ‘line’ lembab!

Menurut Rose, idea itu tercetus selepas tularnya kisah Veveonah Mosibin, penuntut Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang memanjat pokok di kampungnya di Pitas, Sabah untuk menduduki peperiksaan ‘online’.

Ini kerana lokasi seperti di kawasan berbukit dan ladang menoreh getah mempunyai capaian Internet lebih kuat berbanding di sekitar rumah panjang.

Tak sesuai dikunjungi setiap hari

Rose berkata, dia memilih kawasan hutan tersebut kerana berhampiran dengan kebun bapanya selain boleh membaiki pondok di kebun itu untuk kegunaan kelas ‘online’ pada masa hadapan.

Kurang kemampuan, perlu kos untuk ulang alik ke pekan

Tambah Rose, dia amat memerlukan capaian Internet yang baik bagi mendapatkan maklumat berkaitan sesi pembelajaran melalui sistem universiti apatah lagi perlu menjayakan projek sebagai pelajar tahun akhir.

Moga coretan ini sampai kepada pihak terbabit

Antara gambar yang dikongsi

Posting itu meraih 3,200 perkongsian dan 5,500 tanda suka serta ratusan reaksi warganet yang turut bersimpati dengan nasib gadis tersebut.

Rata-rata berharap masalah yang dihadapi akan mendapat perhatian oleh pihak bertanggungjawab selain memberi kata-kata semangat buat pelajar berkenaan.

 

Sumber : Rose ED

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Berkelambu demi capaian Internet, pelajar UPSI buat ‘group presentation’ dalam hutan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Shares