“K0tor dan menji.jikkan!”- Tikus Berkeliaran Dengan Hurungan Najis, DBKL Gempvr dan Tutup Kilang Memproses Mi Di Segambut

Foto: Siakap Keli

Sebuah kilang memproses mi di Segambut, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur diarah tutup selepas digempvr penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini.

Operasi pemeriksaan sanitasi oleh Unit Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL itu mendapati premis berkenaan beroperasi dalam k0tor dan menji.jikkan.

“Terdapat tikus berkeliaran di sekitar tempat pemprosesan makanan beserta hurungan najisnya.

“Lantai dan dinding tempat penyediaan makanan juga k0tor serta berdaki hitam, selain tandas k0tor dan berbau,” jelas dalam satu kenyataan, hari ini.

Gambar: DBKL

Pekerja warga asing tidak suntik tifoid

Selain itu, tiga pengendali makanan yang bekerja di situ adalah daripada kalangan warga asing.

“Mereka tidak mempunyai suntikan tifoid serta tidak memakai penutup kepala dan apron semasa mengendalikan makanan.

“Peralatan, kelengkapan serta mesin pemprosesan makanan juga didapati berada dalam keadaan k0tor dan usang,” tambah kenyataan itu lagi.

Difahamkan, premis tersebut tidak melantik syarikat kawalan serangga perosak secara berjadual, selain lokasi dan keadaan strukturnya tidak sesuai dijadikan kilang pemprosesan makanan.

Sehubungan itu, Tindakan Penutupan Premis di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 berkuatkuasa 24 Jun, hari ini dilaksanakan.

Orang ramai boleh membuat aduan berhubung isu kebersihan kepada Pusat Panggilan Setempat DBKL melalui talian 1-800-88-3255 atau terus ke Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL.

Gambar: DBKL
Gambar: DBKL
Gambar: DBKL
Gambar: DBKL
Gambar: DBKL
Gambar: DBKL
Gambar: DBKL
Gambar: DBKL
Gambar: DBKL
Gambar: DBKL

 

Sumber: DBKL, Siakap Keli

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“K0tor dan menji.jikkan!”- Tikus Berkeliaran Dengan Hurungan Najis, DBKL Gempvr dan Tutup Kilang Memproses Mi Di Segambut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Shares