“Memang gil4lah kau Haji Amir” – Gabungan pemuda dua bangsa, masalah libat masa depan gadis selesai 15 minit je!

Uncle Kentang berkongsi kisah seorang gadis yang pada mulanya terpaksa menolak tawaran ke IPTA kerana kekangan keluarga dan kewangan. Foto: mStar

NAMA Uncle Kentang bukan lagi asing bagi sebahagian besar masyarakat di Malaysia.Lelaki berbangsa Cina ini dikenali kerana aktif melakukan kerja-kerja kebajikan membantu golongan yang memerlukan.

Lebih membuatkan ramai kagum, lelaki bernama Kuan Chee Heng ini bukanlah wakil rakyat ataupun orang kenamaan namun dia tak lokek membantu golongan yang memerlukan tanpa mengira bangsa atau agama.

Daripada sumbangan berupa barangan keperluan sehinggalah ke urusan liang lahad, Uncle Kentang baru-baru ini membantu seorang gadis Melayu menunaikan impian menjejakkan kaki ke menara gading.

Perkara itu dikongsi menerusi satu perkongsian di Facebooknya.

Menurut Uncle Kentang, Nadia mendapat tawaran melanjutkan pengajian di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Samarahan, Sarawak namun terpaksa menolak kerana bapanya terlantar di hospital.

Perkongsian Uncle Kentang mengenai kisah seorang gadis bernama Nadia yang pada mulanya menolak tawaran IPTA kerana kekangan kewangan.

“Mak merayu pada anak untuk tak masuk universiti kerana ayah sedang terlantar di Hospital Kuala Lumpur dan tiada duit.

“Ayah sakit terlantar di hospital empat bulan. Tarikh 30 Jun. Mak menangis pagi ni nak mencari RM5,000 untuk beli tiub bagi pembedahan ayah.

“Saya kata akan diutarakan kepada Zakat Selangor kerana mereka tinggal di Shah Alam,” tulisnya pada perkongsian tersebut.

Bercerita lebih lanjut, lelaki itu berkata masalah yang membelenggu keluarga berkenaan dipermudahkan apabila dia menceritakan kesulitan yang dihadapi kepada seorang rakan yang bernama Haji Amir.

“Lepas tu ada rakan mesej saya ucap tahniah kerana dapat beli ambulans. Saya ceritakan keperitan anak yang terpaksa tolak universiti.

“Dia (rakan) kata kita boleh jadikannya anak angkat dan permudahkannya ke universiti. Memang gilalah kau Haji Amir, kau memang gila baik.

Uncle Kentang sering diminta untuk membantu menghantar jenazah dan urusan proses pengkebumian.

“Saya baru terima (masalah) wanita Melayu itu 15 minit lalu, dan Tuhan telah mendatangkan satu manusia bernama Haji Amir untuk ambil sebahagian beban iaitu memasukkan anak itu ke universiti.

“Hanya 15 minit saja settle. Tuhan maha mempermudahkan. Pagi ini juga kita akan bawa berita baik untuk anak dan mak. Saya sungguh happy anak Melayu ini dapat masuk universiti,” tulisnya lagi.

Sementara itu menerusi satu hantaran berasingan, lelaki ini memuat naik satu perkongsian mengenai pertemuannya dengan gadis Melayu berkenaan bagi menyampaikan berita gembira tersebut.

“Jangan tolak universiti. Aku berjumpa dengan Nadia dan beliau amat gembira bila saya kata ada bantuan untuk beliau belajar. Never tolak. Lihat bagaimana kita boleh bantu,” tulisnya lagi sambil turut memuat naik sekeping foto bersama gadis berkenaan.

Lelaki ini menghulurkan bantuan tanpa mengira agama dan bangsa.

Rata-rata netizen memuji Uncle Kentang malah mereka turut sama meluahkan rasa gembira dengan pertolongan yang dihulurkannya.

“Anda terbaik Uncle Kentang! Dan tak lupa Haji Amir yang memudahkan urusan orang lain,” tulis seorang netizen.

“MasyaAllah… gabungan mantap perpaduan kaum. Terharu sangat,” tulis seorang netizen lain.

“Uncle adalah ikon perpaduan kaum. Tahniah kepada Uncle dan ahli pasukan. Anda semua hebat,” tulis seorang lagi netizen.

Sehingga kini perkongsian tersebut meraih sehingga 105 shares selain dibanjiri ratusan komen.

 

Sumber: mStar

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Memang gil4lah kau Haji Amir” – Gabungan pemuda dua bangsa, masalah libat masa depan gadis selesai 15 minit je!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Shares