Tak Adil Asyik Malaysia Kena Ambil Pelarian R0hingya Baru – PM beritahu ASEAN

Malaysia tidak lagi boleh mengambil pelarian R0hingya baru untuk memberi perlindungan kerana sumber dan kapasiti negara hanya cukup-cukup untuk rakyat, lebih-lebih lagi ketika wabak C0VID-19.

Bercakap dalam Persidangan ASEAN ke-36 melalui persidangan video dari Putrajaya, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata adalah tak adil Malaysia sahaja disuruh memberikan perlindungan kepada pelarian.

Malaysiakini - 36th Asean summit to be held virtually tomorrow

“Walaupun Malaysia bukan ahli Konvensyen Pelarian 1951 dan Protokol Status Pelarian 1967, kami telah memberikan bantuan kemanusiaan kepada pelarian R0hingya dan pelarian lain dari Myanmar sebelum ini.

“Tetapi situasi ini tak boleh berterusan selama-lamanya,” kata Muhyiddin.

Persidangan ASEAN tersebut merupakan kali pertama penganjurannya diadakan selepas kemuncak penularan w4bak C0VID-19. Ia dihoskan oleh Vietnam.

Dalam persidangan tersebut, Malaysia turut menyeru United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR) supaya berkerjasama dengan ASEAN untuk mempercepatkan proses pemindahan pemegang kad UNHCR ke negara lain.

Muhyiddin turut menggesa negara-negara ASEAN lain supaya mencari jalan penyelesaian efektif kepada krisis yang menimpa etnik R0hingya di Rakhine, Myanmar.

PM Muhyiddin shares with ASEAN Malaysia's experience in fighting ...

“Apa yang kita buat di ASEAN untuk tolong cari jalan penyelesaian kepada krisis di Rakhine ini?

“ASEAN mesti membantu Myanmar, dan Myanmar sendiri kena buat kerja lebih untuk membantu mereka sendiri supaya krisis ini dapat diselesaikan. Selepas itu, barulah pembangunan boleh berlaku dengan bermakna.” katanya.

“Malaysia sudah lama tanya apa jalan penyelesaian jangka masa panjang kepada krisis yang menimpa etnik R0hingya di Rakhine. Mereka terdedah kepada risiko eksploitasi penyeludupan, pemerdagangan manusia dan perhambaan.

“Penderitaan mereka boleh menyebabkan mereka menjadi pengganas dan ekstremis yang senyap semasa pandemik. Kesenyapan mereka tak boleh disalah erti sebagai ketiadaan bahaya kepada ASEAN.

“ASEAN juga mesti membuat satu pendekatan komprehensif untuk menentang dan membendung penyeludupan manusia yang boleh merebak kepada aktiviti pem

Malaysia minta UNHCR segerakan proses penempatan semula pelarian ...

Semalam Reuters melaporkan sekumpulan nelayan di Acheh, Indonesia bertindak menyelamatkan sebuah bot yang membawa 94 pelarian R0hingya – 79 daripadanya terdiri daripada wanita dan kanak-kanak. Reuters melaporkan bot tersebut pada mulanya dirancang untuk dihalau semula ke laut oleh pihak berkuasa Indonesia.

Pihak berkuasa Indonesia di Acheh mengesahkan kesemua pelarian R0hingya tersebut telah dibawa ke darat dan diberi penempatan sementara di masjid. Amnesty International dilaporkan sedang bekerjasama dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) di Indonesia untuk mengurus penjagaan dan dokumentasi semua pelarian.

 

Sumber: BERNAMA, Rencah

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Tak Adil Asyik Malaysia Kena Ambil Pelarian R0hingya Baru – PM beritahu ASEAN"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Shares