Wanita Lmpuh Luah Rasa Hati, Kudratnya ‘Dipermainkan’ Oleh Pelanggan Bila COD

Walaupun kudrat terasa lemah, wanita yang menghadapi penyakit kronik ini tetap bersemangat dengan melakukan pelbagai jualan dalam talian termasuk perkhidmatan penghantaran barang (COD).

Namun, Nur Su’aidah Mohd Jaafar kadang kala kecewa apabila melayan kerenah pelanggan yang tidak ‘munculkan’ diri setelah dia tiba di lokasi COD di sekitar Kemaman, Terengganu.

Menerusi luahan di Facebook, Nur Su’aidah atau lebih dikenali dengan panggilan Su memohon agar pelanggan sentiasa ‘alert’ apatah lagi sekiranya dia memandu dari jauh semata-mata ingin menghantar jualan tersebut.

Su nak mudahkan urusan anda, anda mudahkan urusan Su juga…

“Kalau nak batal pun bagitahu dengan jelas ye Su tak marah.. Kudrat Su tak kuat.. Kadang hati ni rapuh sangat2.. Airmata laju je mengalir.. Su jugak tak sekuat yang disangka..

“Bila Su keluar pergi COD dah dekat nak sampai rumah, telefon dan WhatsApp tak ada respon hanya Allah yang tahu.. Nak2 kalau jauh sikit penat tu terus terasa bila anda buat su macam tu,” tulisnya.

Dia yang mengalami lmpuh sejak beberapa tahun lalu melakukan COD di dua lokasi semalam, namun pulang dengan hampa selepas menunggu hampir sejam.

“Ada yang dah sampai depan rumah tadi cakap boleh tak batal Kak Su.. Allahuakbar terus tersedu kat hati.. Pergi dengan anak.. Mujur anak jadi penyejuk hati.. Anak la pujuk mama jangan nangis takde rezeki la tu.. 

“Kalau ada yang niat nak membeli & COD tu ingat la wajah ni dan kudrat tak seperti anda yang normal.. Tenung la wajah letih ni dan ingat ye pesanan su,” katanya.

Posting minggu lalu

Tinjauan di beberapa posting mendapati, suaminya Zulkiffle Yunus mencari rezeki dengan melakukan pelbagai kerja termasuk memotong rumput dan mengecat rumah.

Serba sedikit mengenai dirinya…

 

Sumber : Nur Su’aidah Mohd Jaafar, OMM

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Wanita Lmpuh Luah Rasa Hati, Kudratnya ‘Dipermainkan’ Oleh Pelanggan Bila COD"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Shares