‘Dalam Diam Nasihatkan Aku, Tetapi Dalam Diam Juga Kau Menik4m Aku’

Foto: Ohbulan

Di Facebook, seorang wanita mendakwa rakan baik sendiri sanggup menik4mnya daripada belakang apabila bercinta dengan suaminya. Dia yang terlalu marah dan kecewa akibat dikhianati, menasihati orang ramai supaya tidak terlalu baik dengan seseorang. Malah, dia juga dikatakan sudah berpisah dan bekas suami memilih rakan baiknya itu.

Aku percaya dia

Maaf kalau posting ini menganggu, hanya untuk kesedaran kaum wanita dan pesanan agar korg berjaga-jaga dengan orang sekelilingi.

Kat live itu bukan nak memalukan sesape cume aku nak korang ambik pengajaran. Jangan terlalu baik bila berkawan dengan seseorang tu. Macam ini lah jadinya bila aku terlalu rapat dengan dia. Aku percaya dia. Aku percaya dia lah kawan baik aku selama ni. Dalam diam nasihatkan aku memacam, tetapi dalam diam jugak kau menik4m aku!!! Aku memang tak sangka sangat-sangat!!!

Kepada kawan-kawan di luar sana, beringatlah supaya nasib anda semua tak jadi seperti aku. Jangan pernah percaya kepada seseorang walau baik mana pun penampilan mereka. Aku sudah merasakan sampaikan saya terduduk, terkesima dan merasakan dunia seakan berhenti berputar.

Aku mengundur diri

Aku percaya perjalanan yang Allah aturkan itu sentiasa terbaik, aku redha jika hari ini aku diuji dengan ujian yang besar, aku yakin pasti ada sinar bahagia menanti esok hari.

I wish nothing but the best for you, aku mengundur diri….
#jadikanpelajaran
#kwntalam
#memalukanjandabaik
#TarikhAkuBercerai17/12/2019
#TempohHabisEdahBulan3Last17/3/2020
#DiorgPlanNikahBulan4TapiPKP
#TarikhDiaNikah25/6/2020
#KantoiBulan102019

Mengaku pukul sebab tak tahan

Aku memang ada pukul jantan ni. Jantan ni pun sama ja, sape je boleh tahan bila laki sendiri cakap ‘Aku nak kahwin dengan dia boleh tak? Kesianlah kat dia”. Hey anak sendiri tak mampu nak bagi nafkah sibuk nak jaga anak orang. Sape je tak marah. Sape je tak naik hantu. Sape je tak naik hangin bila cakap macam tu. Tahap kesabaran aku dah terlalu habis sampai aku sanggup buat luar jangkaan aku (TIME TU TENAGA AKU KUAT LAIN MACAM & KIRA TENAGA TU KELUAR DARI JANGKAAN). Aku pukul dia, aku simbah dia air panas, air panas kebetulan depan mata, aku nak cocok dia pakai screw driver, pecahkan pinggan semua satu rumah, aku pijak dia. Sebab apa aku buat macam tu aku dah terlalu stres disebabkan aku rasa semua beban kat aku. Sape je boleh tahan?

Sape je tahan kalau aku je nak tanggung semuanya? Macam serupa tak payah kawen. Nak cakap aku mental? Aku mental time tu sebab dengan perangai musibat kau tak habis-habis dengan memacam masalah semua aku nak pikul. Tu belum kira kau mintak aku duit time kau takda duit. Nak bercerai pun mintak duit orang. Nak bayar kereta minta duit aku. Sedangkan kereta tu aku tak boleh naik lagi. Sebab kau nak angkut janda tu dengan anak dia. Aku je buta selama ni cintakan lelaki tak guna macam kau. Tapi kau? Dan janda tu, tunggu jela bahagian dia nanti. Memang mendapat punyalah. Kifarah Allah tu tak pernah lari walau seinci pun. Wait and see. Korang takkan bahagia hidup dalam tangisan aku dan anak aku, aku percaya dan yakin sepanjang hidup korang takkan bahagia dan tenang. Nilah cerita sebenarnya.

Disebabkan orang kata aku macam-macam. Kat sini aku nak explain sikit lah berkenaan ape yang berlaku sebenar dan masa kejadian.

Memang nampak aku buruk dan jahat bila aku mengamuk.. Sebab tahap kesabaran aku dah memuncak.. Orang tak duduk kat tempat aku boleh lah cakap macam-macam tapi bila da kena batang hidung sendiri silap-silap gantung diri lah wey.. Dengan anak yang tengah nak membesar, bapak pulak kantoi buat perangai dengan kawan baik aku sendiri.. Siapa je boleh tahan emosi klu kena camtu???????
#takkenebatanghidungsendiritaktahu
#sebelomorangsemakceritabaikakuceritasendiri
#menilailahsendiri
#nakkecampimampos
#dengarsebelahpihaktakgunajugakwei
#takpayahnakfitnahakutwistcerita
#akutakpernahnakhempokorangpakaipinggan
#akutaknaksemakhaloranglain
#halniantaraakudengankoakusundaltuje
#kangakubukakhallainsetahunxhabis

 

Sumber: Facebook, Ohbulan

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "‘Dalam Diam Nasihatkan Aku, Tetapi Dalam Diam Juga Kau Menik4m Aku’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Shares