KKM cari penumpang penerbangan KL ke Kemboja, Ini yang berlaku…

PUTRAJAYA – Pengesanan aktif kes sedang dijalankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas dua daripada penumpang penerbangan Kuala Lumpur ke Kemboja disahkan p0sitif koronavirus (C0vid-19).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya telah mendapat notifikasi daripada International Health Regulations (IHR) Kemboja.

“Kita baru sahaja dimaklumkan mengenai perkara ini dan pengesanan sedang dijalankan bagi membolehkan tindakan segera diambil,” katanya pada sidang akhbar perkembangan terkini C0vid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Menurutnya, KKM akan mengenal pasti penumpang yang berada dua barisan di hadapan dan belakang kepada kes positif berkenaan.

“Kita sedang bekerjasama dengan syarikat penerbangan bagi mengenal pasti mereka yang terdedah kepada risiko,” katanya.

Sementara itu, mengulas lanjut mengenai kes berkenaan, beliau turut memaklumkan mengenai satu kes positif C0vid-19 yang lama iaitu kes ke-1,051 dan seorang pelajar tahfiz yang telah pulang ke negara mereka.

Menurutnya, individu berkenaan sudah diasingkan dan diberi rawatan sebelum dibenar pulang ke negara asal, namun masih didapati positif ketika ujian saringan C0vid-19 dilakukan.

Dr Noor Hisham berkata, keputusan berkenaan berkemungkinan daripada virus lemah yang sudah mat1.

“Virus itu sudah mat1, namun apabila saringan dilakukan ia masih memberi kesan positif,” katanya.

54 taman tema dibuka mulai 1 Julai [METROTV] | Harian Metro

Ditanya mengenai pembukaan taman tema bermula 1 Julai ini, beliau berkata, pengunjung diharap dapat menjaga jarak antara satu sama lain.

“Kebimbangan KKM adalah sekiranya berlaku perhimpunan. Kita kena pastikan jarak,” katanya.

Menurutnya, operasi taman tema perlu mengehadkan jumlah pengunjung bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi selain mempertingkatkan kebersihan terutama melibatkan taman tema air.

Terdahulu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) membenarkan 54 taman tema termasuk taman tema air beroperasi semula pada 1 Julai ini dengan melibatkan 10,000 tenaga kerja.

 

Sumber: Sinar Harian

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Be the first to comment on "KKM cari penumpang penerbangan KL ke Kemboja, Ini yang berlaku…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Shares