Demi Rezeki, ‘Rider’ Foodpanda Gendong Tongkat Naik Motor Hantar Pesanan

Mencari rezeki yang halal bukanlah mudah. Pelbagai cabaran dan dugaan tersendiri dirasai oleh setiap insan yang ingin mencari sesuap nasi demi kelangsungan hidup dan keluarga.

Pengorbanan demi mencari pendapatan sudah tentu satu jihad yang sangat besar buat setiap insan yang gigih mencari rezeki.

Gendong tongkat bawa motor

Hal ini terzahir menerusi beberapa foto yang tular di media sosial dan dikongsikan oleh laman Facebook Penang Kini yang memperlihatkan seorang penghantar makanan Foodpanda sedang menunggang motosikal sambil menggendong tongkat.

Ikat dibelakang badan

Gambar tersebut berjaya diperoleh semasa penghantar makanan sedang berhenti di lampu isyarat. Jelas kelihatan dua tongkat diikat di belakang badan bagi kemudahan untuknya berjalan nanti.

Hebat anak muda

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian warganet yang rata-rata meninggalkan komen yang pelbagai diatas muat naik itu.

Mereka mendoakan agar runner Foodpanda tersebut terus dimurahkan rezeki dan urusannya dipermudahkan. Hal ini kerana kegigihannya dalam mencari rezeki amat mengagumkan dan harus menjadi teladan buat semua.

Semoga dipermudahkan urusan

 

Sumber: Penang Kini, Borak Daily

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Demi Rezeki, ‘Rider’ Foodpanda Gendong Tongkat Naik Motor Hantar Pesanan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Shares