Lelaki Temui Remaja Perempuan Terbaring Dalam Longkang, Dipercayai Kemal4ngan Kerana “Microsleep”

Foto: Siakap Keli

Acap kali kita terdengar berita, ramai pengguna jalan raya yang kemal4ngan akibat mengantuk.

Ia selalu terjadi dalam dua keadaan; sama ada memang betul-betul mengantuk atau terlelap sekejap beberapa saat (microsleep).

Terbaharu, terjadi lagi satu kes kemal4ngan jalan raya melibatkan seorang penunggang motosikal yang berpunca daripada microsleep.

Ikuti perkongsian yang ditulis oleh saudara Abu Aisyah di bawah ini.


Keadaan motosikal mangsa yang mengalami kerosakan di bahagian hadapan. Gambar: Abu Aisyah

MICROSLEEP

Balik tadi selepas turun dari Jambatan Ke 2 Pulau Pinang, singgah bawah flyover sebelum tol JKPP.

Ingat kami berdua Mohamad Syazani nak rehat lah bawah tu bagi hilang mengantuk.

Rupanya kat situ juga seorang remaja perempuan (form 6) dah terbaring tepi parit.

Alhamdulillah dia selamat dan dah ada orang yang membantu dia.

Kami tanya dia kaki dengan tangan boleh gerak tak? Muntah tak? Ada la sikit luka (abrasion wound) di tangan dan kaki.

Saya tanya dia “Dik tertidur ka tadi?”, dia mengangguk kepala dan kata “Ya”.

Saya biasa juga balik kerja, hampir-hampir terlena atas motosikal dan hampir melanggar divider jambatan.

Apa saya buat untuk elak terlena?

Berhenti, rehat, minum air ke, tidor ke dulu.

Sewaktu sambung perjalanan, saya atasi dengan mendengar radio / mp3 / zikir ke, mengaji ke, apa lah yang boleh atasi mengantuk teruk tu.

Kadang-kadang cakap sorang-sorang, gelak sorang-sorang, lantaklah buat apa pun, asalkan mata tu tak tertutup… Hahaha.

Gambar bawah, adik tu masuk dalam longkang dan langgar simen tu.. Huhu… Serammmm….

Bahagian jalan yang menjadi tempat rempuhan mangsa. Gambar: Abu Aisyah

Dalam pada itu, Abu Aisyah dalam hantaran seterusnya di Facebook turut berkongsi potongan doa yang boleh diamalkan agar kita sentiasa selamat ketika memandu dan mengelak daripada rasa mengantuk ketika di atas jalan raya (Insya-Allah)

Doa ketika naik kenderaan, sahih Hadis Riwayat At Tirmidzi dan Abu Daud.

Dimulakan dengan Bismillah 3x

بِسْمِ اللَّهِ

الحَمْدُ للِه

سُبْحَانَ الَّذِى سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ

سُبْحَانَكَ إِنِّى قَدْ ظَلَمْتُ نَفْسِى فَاغْفِرْ لِى فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ

Artinya: Dengan menyebut nama Allah (3x). Segala puji bagi Allah.

Mahasuci Allah yang telah menundukkan semua ini bagi kami padahal kami sebelumnya tidak mampu menguasainya, dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Rabb kami.

Mahasuci Engkau, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri maka ampunilah aku, karena tidak ada yang mengampuni dosa-dosa selain Engkau.

Semoga doa-doa ini dapat diamalkan selalu dan semoga kita semua terhindar daripada sebarang musibah tidak diingini. Ameen.

 

Sumber: Abu Aisyah, Siakap Keli

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Lelaki Temui Remaja Perempuan Terbaring Dalam Longkang, Dipercayai Kemal4ngan Kerana “Microsleep”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Shares