“Saya rasa terlalu gementar…”- YouTuber Pavithra tergamam, hilang kata2 saat bersua muka pertama kali dengan PM

Pasangan YouTuber, Sugu Pavithra disapa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sewaktu Majlis Pelancaran Rukun Negara ke-50 di Putrajaya. Foto: Bernama

JIKA sebelum ini hanya bersua muka menerusi alam maya, hari ini menjadi detik yang tidak dapat dilupakan oleh pasangan YouTuber terkenal, Sugu Pavithra apabila bertentang mata buat pertama kali dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam pertemuan berkenaan, Muhyiddin dengan ramah dan spontan menyapa pasangan yang berjaya memikat hati rakyat pelbagai kaum menerusi video masakan mereka.

“Pavithra, tak masak ke?”tanya Muhyiddin spontan.

Dek kerana terlalu gugup, sapaan yang begitu mudah kelihatan amat sukar sekali untuk dibalas pasangan YouTuber tersebut.

S.Pavithra berkata beliau berasa amat gementar sehingga kehilangan kata-kata.

“Tadi beliau juga tanya saya tak makan ke? Saya rasa terlalu gementar sehingga saya hanya kata ah, ah ya..”

“Perkataan saya tersekat sikit,” kata suri rumah yang berusia 28 tahun itu kepada media selepas menghadiri Majlis Pelancaran Rukun Negara ke-50 di Putrajaya, pada Khamis.

Ajak Jamu Nasi Beriyani, PM Sebut Nama Sugu Pavithra Secara Live ...

Menetap di Sungai Siput, Perak, Sugu Pavithra sebelum ini pernah menarik perhatian Perdana Menteri yang turut menghadiahkan mereka tripod, ketuhar gelombang mikro, periuk nasi elektrik serta barangan memasak.

Pavithra anggun berpakaian punjabi hijau dan Sugu berbaju serba hitam menerima jemputan khas menghadiri majlis itu, dilihat melafazkan Rukun Negara dengan penuh semangat ketika ia dibacakan oleh Perdana Menteri.

Pasangan suami isteri itu berkata mereka merasakan Rukun Negara adalah dasar yang mengeratkan perpaduan negara.

Malaysian YouTube sensation Sugu Pavithra receives surprise gifts ...

Mereka yang terkenal dengan video masakan dan kepetahan bertutur dalam bahasa kebangsaan itu turut berazam untuk menanam semangat Rukun Negara kepada anak-anak yang masih kecil.

“Anak-anak juga belajar ini di sekolah namun di rumah saya cuba menerapkan prinsip itu supaya lebih kuat dalam diri mereka,” kata Pavitra. – BERNAMA

PM mahu Rukun Negara jadi agenda teras kerajaan

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melafazkan ikrar Rukun Negara diiringi Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah dan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique pada majlis pelancaran Sambutan Ulang Tahun ke-50 Rukun Negara dan Setem khas Rukun Negara di Bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto BERNAMA

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melafazkan ikrar Rukun Negara diiringi Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah dan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique pada majlis pelancaran Sambutan Ulang Tahun ke-50 Rukun Negara dan Setem khas Rukun Negara di Bangunan Perdana Putra hari ini. – Foto BERNAMA

TERDAHULU, dalam acara yang sama Perdana Menteri memaklumkan Pendidikan Rukun Negara perlu dijadikan agenda teras kerajaan bagi memastikan Rukun Negara sentiasa menjadi amalan dalam masyarakat untuk diwarisi dari satu generasi ke satu generasi, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri berkata, perlu ada usaha bersungguh-sungguh oleh semua pihak untuk menyemarakkan penghayatan prinsip dan nilai yang terkandung dalam Rukun Negara terutama bagi mengeratkan perpaduan rakyat di negara ini.

Muhyiddin launches Rukun Negara Golden Jubilee logo

“Kementerian Perpaduan Negara dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia boleh menerajui pelaksanaan agenda ini menerusi pelbagai program, inisiatif dan aktiviti di bawah kementerian dengan kerjasama badan-badan bukan kerajaan, swasta dan masyarakat sivil.

“Saya percaya usaha yang bersungguh-sungguh digembleng oleh semua pihak, kita akan berjaya menyemarakkan penghayatan prinsip dan nilai Rukun Negara demi mengeratkan perpaduan rakyat di negara ini,” katanya ketika melancarkan Sambutan Ulang Tahun ke-50 Rukun Negara di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Rukun Negara diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 oleh Yang di-Pertuan Agong Almarhum Tuanku Ismail Nasirudin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin pada 31 Ogos 1970 bagi mencapai perpaduan lebih erat antara rakyat susulan peristiwa 13 Mei 1969.

Ia mengandungi lima prinsip yang menjadi falsafah negara iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan, Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang dan Kesopanan dan Kesusilaan.

BERNAMA - PM Muhyiddin lawat Galeri Rukun Negara

Muhyiddin berkata, rakyat Malaysia yang berjiwa patriotik dan cintakan negara perlu sentiasa menjunjung prinsip Rukun Negara yang diperkenalkan sejak di bangku sekolah lagi yang bukan sahaja sentiasa disebut, malah telah sebati dalam jiwa sanubari rakyat Malaysia.

Jelasnya, kelima-lima prinsip itu tercatat di dalam buku-buku latihan, papan tanda, dinding sekolah dan di tempat-tempat yang mudah dibaca untuk diketahui dan diingati.

“Sebenarnya bukanlah sukar untuk menghayati dan mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara asalkan kita mempunyai kesedaran untuk sentiasa mengeratkan perpaduan dan memelihara keharmonian melalui prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara,” katanya.

Sambutan jubli emas Rukun Negara dianjurkan bersama Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Kementerian Perpaduan Negara itu disiarkan secara langsung di Bernama TV (Astro 502, myFreview 121 dan unifi TV 631), RTM, Astro Awani serta platform media sosial. – BERNAMA

 

Sumber: mStar, Berita Harian

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Saya rasa terlalu gementar…”- YouTuber Pavithra tergamam, hilang kata2 saat bersua muka pertama kali dengan PM"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Shares