Selepas 5 tahun kahwin, Sharifah Sakinah sahkan rumah tangga berkec4i

Selepas lima tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Sharifah Sakinah mengesahkan hubungan dia bersama suaminya Aliff Adha telah berkec4i sejak Mei lalu.

Menerusi laporan BH Online, pemilik nama Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired itu berkata dia dan Aliff sudah tidak tinggal sebumbung sejak Mac lalu.

“Tapi kami berpisah dengan baik. Keputusan ini juga perlu mengambil kira anak kami, Anais Adha yang berusia tiga tahun,” katanya.

Sebelum ini, tersebar kisah konon Aliff secara terbuka menggunakan aplikasi untuk bersosial di internet, sekaligus mencetuskan spekulasi hubungan mereka.

Sharifah Sakinah mengesahkan sudah berpisah dengan bekas suami, Aliff Adha, sejak Mei lalu. Foto IG Anais Adha  Sharifah Sakinah mengesahkan sudah berpisah dengan bekas suami, Aliff Adha, sejak Mei lalu. Foto IG Anais Adha

 

Sakinah dan Aliff bernikah pada 28 Mac 2015 dan dikurniakan seorang anak perempuan.

Ketika ditanya adakah perpisahan tersebut disebabkan orang ketiga, pelakon berusia 31 tahun itu menafikan perkara tersebut.

“Saya tidak boleh jadi isteri yang baik. Saya sedar kekurangan diri. Soal dia nak guna aplikasi ‘dating’ … itu haknya. Suka hati dialah nak buat apa, saya tak campur.

“Selebihnya, biarlah saya dan dia bahagia dengan cara masing-masing… Itu sebaik-baiknya,” ujarnya.

Sharifah Sakinah berharap penjelasan itu dapat memberi pencerahan kepada teka-teki dan persoalan berbangkit.

Dalam perkembangan lain, aktres serba boleh itu baru selesai menjalani penggambaran telefilem, Kasih Tau Foo Fah berganding dengan Michael Ang.

Telefilem itu akan disiarkan TV3 pada 29 0gos depan.

Terdahulu, pasangan berkenaan bernikah pada 28 Mac 2015 dan dikurniakan seorang anak perempuan Anais Adha yang kini berusia tiga tahun.

 

Sumber : BH Online (Zaidi Mohamad), OMM

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Selepas 5 tahun kahwin, Sharifah Sakinah sahkan rumah tangga berkec4i"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Shares