(Video) Gelar Al Jazeera sebagai ‘Al Jahiliyah’, hos TV diambil tindakan – Menteri

Tindakan hos program bual bicara Bernama TV yang memanggil Al Jazeera sebagai ‘Al-Jahiliyah’ mendapat perhatian Menteri Komunikasi dan Multimedia, Saifuddin Abdullah.

Menerusi hantaran di laman Twitter, beliau berkata tindakan telah diambil oleh Pengerusi Bernama terhadap hos wanita tersebut.

“Kita tak setuju dengan satu laporan saluran berita itu. Tapi kita tak boleh menggelarnya dengan panggilan itu. 
“Saya dimaklumkan oleh pengerusi Bernama yang tindakan telah diambil,” katanya membalas posting laporan Free Malaysia Today mengenai perkara tersebut.

“Hos Bernama TV kutuk Al Jazeera ‘Al-Jahiliyah’…”

Memetik laporan Malaysiakini, hos tersebut menggelarkan media antarabangsa dengan panggilan itu dalam program Malaysia Petang Ini yang disiarkan Isnin lalu.

“Saya rasakan Al Jazeera, atau selepas isu ini, saya boleh katakan bahawa Al Jahiliyah ini tidak mempunyai asas ataupun mungkin etikanya kurang.

“Kalau kita google pun, mereka memang banyak kontroversi dan kritikan yang melanda dirinya,” kata Herleena Pahlavy ketika mengupas laporan Al Jazeera yang mendakwa Malaysia menganiaya pendatang asing dalam mengawal Covid-19.

Dia juga mengakhiri program berkenaan dengan berkata: “Saya Leena Pahlavy, Al Jazeera, ‘you shut up’.”

Tonton sedutan kejadian :

Saya buat menteri kesal…

 

 

Sumber : Saifuddin Abdullah , FMT News , Malaysiakini , Herleena Pahlavy, OMM

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "(Video) Gelar Al Jazeera sebagai ‘Al Jahiliyah’, hos TV diambil tindakan – Menteri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Shares