“Happy 95th Birthday Sir,”- Najib Doa & Ucap Selamat Hari Lahir Buat Tun Mahathir Yang ke-95 Tahun

BERLAINAN ideologi politik bukan penghalang bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menunjukkan rasa hormat kepada seteru politiknya Tun Dr Mahathir Mohamad.

Biarpun seteru itu merupakan individu yang bertanggungjawab menyebabkan Barisan Nasional (BN) hilang kuasa selepas 62 tahun memerintah negara, Najib tetap mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari lahir ke-95 kepada Dr Mahathir.

The difference between Najib and Mahathir | Free Malaysia Today

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak antara yang terawal membuat ucapan menerusi status yang dimuat naik di laman Twitter Rasmi pagi tadi yang antara lain mendoakan kesihatan dan kepanjangan usia Tun.

”Happy 95th birthday sir.

”Semoga Tun Dr Mahathir dilimpahkan rahmat, ketenangan, kesihatan dan dilanjutkan usia” katanya.

Sehingga jam 11.00 pagi ini, status tersebut mendapat perhatian daripada warganet dengan dibanjiri 2000 komen dan perkongsian serta menerima tanda suka lebih 29 ribu, dalam tempoh 1 jam dimuat naik.

Namun krisis politik yang berlaku pada awal tahun ini menyaksikan Ahli Parlimen Langkawi itu mengambil langkah drastik meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Pakatan Harapan dan Perdana Menteri, mengakibatkan kejatuhan kerajaan.

Jawatan Perdana Menteri kini dipegang Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan kemasukan Barisan Nasional dan PAS ke dalam kerajaan yang dikenali sebagai Perikatan Nasional.

Semoga Tun M dilimpahi rahmat - Najib

Najib wishes Dr M happy birthday, prays for PM's good health ...

Pada tarikh 10 Julai 2020 hari ini menyaksikan negarawan ulung negara, Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut ulang tahun kelahiran ke-95.

Menyingkap kembali sejarah, Tun Mahathir dilahirkan pada 10 Julai 1925 namun tarikh kelahiran rasminya direkodkan pada 20 Disember 1925 di Kampung Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.

Beliau menyandang jawatan Perdana Menteri yang keempat Malaysia pada 16 Julai 1981, iaitu selama 22 tahun sekaligus menjadi tempoh paling lama dalam sejarah Malaysia dan Asia Tenggara.

 

Sumber: Facebook Najib Razak, Siakap Keli, Awani

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Happy 95th Birthday Sir,”- Najib Doa & Ucap Selamat Hari Lahir Buat Tun Mahathir Yang ke-95 Tahun"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Shares