Bapa muda jaga si kemb4r dikunjungi Tengku Mahkota Kelantan & isteri

Bapa muda Syazwan Najmi dan anak kemb4rnya dikunjungi Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra dan isteri Cik Puan Sofie Louise Johansson di Kampung Pak Keral, Tumpat semalam.

Menerusi laporan Harian Metro, pasangan diraja tersebut teruja memangku serta melayan Medina Safiya dan Medina Sofiya yang kini mencecah usia lima bulan.

Syazwan Najmi, 23 berkata, ketika kunjungan kira-kira jam 2 petang itu, pasangan diraja berkenaan meluangkan masa lebih kurang setengah jam bertanya khabar mereka sekeluarga dan melayan bayi kemb4rnya yang kini sudah menjangkau usia lima bulan.

“Tengku Mahkota memberitahu, Cik Puan Sofie ada terbaca kisah kami menerusi Facebook dan meluahkan rasa simpati sebelum mengambil keputusan berkunjung ke sini dan bertemu sendiri bayi kemb4r saya ini.

“Ketika kunjungan mereka semalam, Cik Puan Sofie kelihatan seronok melayan dua anak saya sambil memberi pujian ‘comey lotey,” katanya.

Tengku Mahkota turut berpesan kepada bapa berusia 23 tahun itu untuk memaklumkan jika mempunyai sebarang masalah selain tabah dalam membesarkan cahaya mata kemb4r itu dengan sebaiknya.

Menurut Syazwan Najmi atau mesra dipanggil Mie, dia seakan tidak percaya apabila kisahnya mendapat perhatian sehingga ke istana apatah lagi dari kalangan kerabat diraja.

 

Akhbar sebelum ini memaparkan kisah p1lu yang menimpa isteri Syazwan Najmi, Allahy4rham Siti Nur Nasuha Shafie, 23, yang mninggal dunia pada 14 April lalu selepas dua minggu bertarvng ny4wa akibat k0mplikasi dalaman selepas bers4lin.

Arw4h yang melahirkan b4yi kemb4r perempuan pada 31 Mac tidak sempat menatap kedua cahaya mata sulung kerana berada di Unit Raw4tan Rapi (ICU).

Ibu meninggal tanpa sempat tatap wajah bayi kembar | Harian Metro

Syazwan Najmi berkata, Tengku Mahkota turut berpesan kepadanya agar menjaga dua amanah itu dengan baik dan tabah dalam membesarkan mereka malah jangan keberatan untuk memaklumkan jika mempunyai sebarang masalah.

Dia meluahkan rasa terharu dengan kunjungan pasangan diraja itu dan rasa seakan tidak percaya apabila kisah mereka mendapat perhatian sehingga ke istana.

“Kami dihubungi wakil istana dua minggu lalu mengenai kunjungan ini dan mula melakukan persediaan sebaiknya untuk menerima kedatangan Tengku Mahkota dan Cik Puan Sofie.

“Sehingga hari ini rasa gementar masih ada kerana tidak pernah bermimpi untuk berdepan dengan pemimpin secara berdepan apatah lagi dari kalangan istana,” katanya.

 

Sumber : Harian Metro (Siti Rohana Idris) , Sofie Louise Johansson , Syazwan Najmi, OMM

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Bapa muda jaga si kemb4r dikunjungi Tengku Mahkota Kelantan & isteri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Shares