Syed Saddiq sah daftar parti baharu, dikenali sebagai Parti Muda Malaysia

SYED Saddiq Syed Abdul Rahman membuat permohonan pendaftaran parti baharu, yang dikenali sebagai Ikatan Demokratik Malaysia (Muda Malaysia).

Ahli Parlimen Muar itu hadir ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS), Putrajaya pada Khamis untuk mengemukakan perm0honan pendaftaran parti baharu tersebut.

Bercakap kepada pemberita, Syed Saddiq yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan itu berkata walaupun dikenali sebagai Muda namun parti itu membuka keahlian kepada semua lapisan masyarakat dan pelbagai kaum.

Malaysiakini - Syed Saddiq to register 'Muda' as political party today

“Parti ini akan mewakili semua lapisan masyarakat, tanpa mengira bangsa, agama dan usia.

“Parti ini mengalu-alukan mereka yang berk0ngsi ideologi, ide4lisme, pemahaman dan perjuangan kita.

“Muda akan menjadi parti untuk semua kaum dan agama, yang pemimpinnya akan terdiri daripada individu muda,” katanya yang turut ditemani oleh beberapa penyokongnya.

Ditanya sama ada dirinya akan menjadi Presiden Muda, Syed Saddiq mengatakan bahawa dia akan mengumumkan struktur parti itu tidak lama lagi.

“Struktur organisasi kita akan maklumkan kemudian tetapi kami mempunyai 13 penaja yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.

“Ramai yang berminat untuk membawa politik baru ke negara ini, supaya kita tidak lagi terjebak dengan politik lama yang menyuk4rkan kita untuk maju,” kata bekas Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu lagi.

Parti baru Syed Saddiq takkan berjaya, kata Tun Dr M

Parti baru Syed Saddiq takkan berjaya, kata Tun Dr M

Terdahulu, Pengasas Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Tun Dr Mahathir Mohamad mend4kwa langkah anggota Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman untuk menubuhkan parti berasaskan golongan anak muda, tidak akan berjaya.

Menurut bekas perdana menteri itu, model yang dibawa Syed Saddiq itu tidak sesuai.

“Saya sebenarnya tidak tahu mengapa dia mahu menubuhkan parti baru.

“Di mana-mana kawasan, mesti kena ada orang tua dan orang muda. Kami akan pergi kepada golongan muda juga.

“Kalau dia (Syed Saddiq) hanya pergi kepada orang muda, agak sukar untuknya berjaya. Tapi ini adalah negara bebas, dia mahu lakukan dengan sendiri.

“Dia pernah menjadi penyokong kuat Pakatan Harapan (PH) dan kini dia rasa perlu bergerak berasingan daripada kami,” katanya dalam sidang medianya di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.

 

Sumber: The Star, mStar

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Syed Saddiq sah daftar parti baharu, dikenali sebagai Parti Muda Malaysia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Shares