(Video) Batman Vietnam

Hanoi: Obses terhadap kehebatan karakter Batman mendorong seorang penuntut kolej di Vietnam menghasilkan sendiri kenderaan digunakan dalam filem adiwira itu.

Oddity Central melaporkan, Nguyen Dac Chung 23, merealisasikan impiannya memiliki Batmobile Tumbler, kenderaan Batman dalam The D4rk Knight dengan mereka bentuknya sendiri bermula tahun lalu.

10 bulan untuk bina ‘The D4rk Night’

Batman Fan Builds Himself a Fully-Functional, Awesome Tumbler in 10 Months - autoevolution

Penuntut seni bina dari Hanoi itu menghabiskan 10 bulan serta menggunakan lebih AS$21,700 (RM89,707) wangnya sendiri untuk membikin projek itu.

Kenderaan itu dikuasakan dengan empat silinder, enjin 400cc dan mampu mencecah kelajuan sehingga 100 kilometer sejam.

Pemuda itu mengakui masih perlu bekerja keras untuk reka bentuk dalaman kenderaan itu terutama bahagian lampu.

Katanya, dia menggunakan komponen dan bahan material dari Vietnam termasuk yang diimport dari Amerika Syarikat dan Korea Selatan dalam penghasilan itu.

Tayarnya saja, hanya boleh didapati dari luar negara.

Students build a Batmobile with eye on movie accessories » Breaking News, Latest World News Updates - VietReader Viet Nam

College student builds functional Batmobile from 'The Dark Knight'

Hasil raih perhatian

Kini, penat lelah pemuda itu membuahkan hasil apabila projek berkenaan hampir 90 peratus siap hingga meraih perhatian di sekitar Hanoi dan mendapat liputan meluas media tempatan.

Students build a Batmobile with eye on movie accessories - VnExpress International

Da chung juga adalah seorang usahawan yang mengendalikan sendiri syarikat produksi cosplay.

Ia memberikan kelebihan kepadanya untuk menggunakan wang sendiri bagi menghasilkan projek Tumbler itu.

 

Sumber: Harian Metro, Youtube

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "(Video) Batman Vietnam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Shares