Bekerja dari rumah, majikan tak boleh paksa guna cuti tahunan & bayar gaji seperti biasa

Majikan tidak boleh memaksa dan mengarahkan pekerja menggunakan cuti tahunan atau mengambil cuti tanpa gaji susulan arahan bekerja dari rumah yang berkuat kuasa hari ini sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Majikan Tidak Boleh Paksa Pekerja Guna AL, Bayar Gaji Seperti Biasa

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan dalam satu kenyataan hari ini berkata majikan diingatkan bahawa bayaran gaji adalah seperti biasa walaupun arahan bekerja dari rumah.

Beliau berkata perkara ini selaras dengan perintah dan kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Sumber Manusia (KSM) ketika pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu.

“Namun begitu, majikan boleh berbincang dengan pekerja dalam apa jua tindakan serta keputusan yang diambil demi kepentingan bersama…”

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) di talian 03-8886 2352 / 03-8886 2409 / 03-8888 9111.

Majikan tidak boleh memaksa atau mengarahkan pekerja menggunakan Cuti Tahunan atau mengambil Cuti Tanpa Gaji. Gambar hiasan

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Selasa lepas berkata pekerja di peringkat pengurusan dan pengawasan dalam sektor awam dan swasta di Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Selangor dan Sabah diarah bekerja dari rumah berkuat kuasa 22 Okt untuk mengurangkan pergerakan pekerja bagi mengekang penularan C0VID-19.

PKPB dilaksanakan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berkuat kuasa 14 Okt sehingga 27 Okt, manakala PKPB di Sabah pula dari 13 hingga 26 Okt.

Ismail Sabri jelaskan secara terperinci SOP ‘WFH’ sebab ramai masih keliru

Malaysiakini

Terdahulu, Menteri Kanan (Kluster Pertahanan) Ismail Sabri Yaakob menjelaskan hari ini atas kekeliruan orang ramai mengenai arahan kerja dari rumah, berkata mungkin ramai orang yang tidak sabar untuk menunggu maklumat lebih lanjut daripada pihak berkuasa yang berkaitan.

Jelasnya, beliau telah mengatakan semalam pengumuman lanjut akan dikeluarkan ketua pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) akan memberikan perincian lebih lanjut mengenai perintah itu.

Bagaimanapun, kata Ismail orang ramai kelihatan bingung dan mencari lebih banyak maklumat.

COVID-19: Pegawai awam diarah kerja dari rumah - KPPA | Astro Awani

“Seperti yang saya jelaskan semalam bahawa ketua pengarah perkhidmatan awam dan Miti akan mengeluarkan kenyataan bagi memperincikan pekerja di sektor awam dan industri yang terlibat dengah arahan yang dikeluarkan ini.

“Jadi saya nampak daripada malam semalam huru hara seluruh negara. Ramai yang keliru dan sebagainya walaupun saya dah katakan semalam bahawa pengumumnya adalah secara general, secara am, iaitu persetujuan kita untuk mengarahkan kerja dari rumah.

“Dan saya kata hari ini baru akan dikeluarkan secara lebih detail oleh ketua pengarah perkhidmatan awam dan Miti,” katanya ketika bercakap pada sidang media harian C0vid-19 yang disiarkan secara langsung melalui Facebook.

Siaran menteri kanan itu kira-kira enam jam sebelum arahan kerja dari rumah berkuat kuasa.

Sektor tak rasmi kerja ikut SOP

“Jadi mungkin ramai yang tak sabar walaupun permulaan perintah tersebut adalah esok, tapi ramai yang tak sabar, tertanya-tanya, pelbagai-bagai lagi,” katanya lagi.

Beliau turut menjelaskan hanya industri yang berada di bawah bidang kuasa MITI dan penjawat awam di bawah JPA yang perlu mengikuti perintah kerja dari rumah untuk kawasan yang berada di bawah perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).

PKPB: Sektor peruncitan yang mahu beroperasi perlu ikut SOP ini | Astro Awani

“Banyak sektor-sektor lain yang dikategorikan sebagai informal sector, seperti sektor peruncitan, makanan, perladangan, pertanian, penjaja, restoran, gerai makan, medan selera, kedai runcit, kedai serbaneka dan lain-lain dibenarkan bekerja seperti biasa mengikut SOP yang ditetapkan.

“Jadi, kedai-kedai lain tu boleh bekerja seperti biasa. Yang melibatkan perkhidmatan perlu bekerja,” katanya.

 

Bagaimanapun, Ismail berkata penjawat awam yang bekerja dalam perkhidmatan penting dan kr1tikal dikecualikan arahan bekerja dari rumah itu.

Arahan itu melibatkan 800,000 pekerja sektor industri dan 200,000 pekerja sektor awam peringkat pengurusan dan penyeliaan.

Kawasan yang terjejas adalah Sabah, Labuan, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, sehingga PKPB masing-masing berakhir.

Ismail juga memb4talkan pengumuman semalam bahawa semua pihak yang ingin terus bekerja dari pejabat di zon merah diwajibkan menjalani ujian C0vid-19.

 

Sumber: Bernama, Mkini

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Bekerja dari rumah, majikan tak boleh paksa guna cuti tahunan & bayar gaji seperti biasa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*