Farah Nabilah Selamat L4hirkan B4yi Lelaki, Bakal Kongsi Nama & Wajah Anak Bila Tiba Masa

Foto: majalahpama

Tahniah diucapkan kepada Pelakon Farah Nabilah yang baru sahaja mel4hirkan anak pertamanya pada pagi semalam.

Berita gembira tersebut dikongsi Farah menerusi Instagramnya dengan memuat naik video pendek tanpa visual dipercayai dirakam ketika proses bers4lin.

Farah selamat mel4hirkan seorang b4yi lelaki pagi semalam di Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri.

Dalam kapsyen hantaran tersebut, pelakon Cik Reen En Ngok Ngek ini memanjatkan rasa syukur kerana telah selamat mel4hirkan anak lelaki pertama buat dia dan suami, Mohammed Amirul Yunus.

Farah juga turut menyatakan akan berkongsi wajah dan nama putera sulungnya kepada umum bila tiba masanya nanti.

“Assalamualaikum semua

“Syukur alhamdulillah Fawaa telah selamat mel4hirkan my first baby boy yang sihat pada pagi tadi, 22 October 2020, 5 Rabiulawal 1442. Fawaa akan share nama and his face bila tiba masanya ya,” tulisnya.

Farah juga mengucapkan penghargaan atas doa yang dititipkan buat dia dan keluarganya. Dia juga turut mendoakan kebahagiaan orang lain dalam waktu ini.

“Terima Kasih atas doa yang dititip untuk kami bertiga selama ini. May Allah bless everyone with happiness especially dalam keadaan macam ni. Be safe semua,” tulisnya lagi.

Dalam pada itu, di ruangan komen, ramai rakan artis dan juga peminat yang mengucapkan tahniah atas kel4hiran b4yi lelaki Farah dan pasangan.

Sebelum itu, menerusi hantaran yang lain, Farah dan suami dilihat menjalani ujian saringan C0vid-19 sebagai persediaan sebelum Farah bers4lin. Ujian tersebut dilakukan secara pandu lalu di hospital yang sama.

Sekadar info, Farah dan Amirul yang merupakan seorang juruterbang mendirikan rumah tangga pada 20 Disember tahun lalu.

 

Sumber: IG Farah Nabilah, majalahpama

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Farah Nabilah Selamat L4hirkan B4yi Lelaki, Bakal Kongsi Nama & Wajah Anak Bila Tiba Masa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*