“Kekal tenang..”- Agong bakal berunding dengan Raja-Raja Melayu berkenaan cadangan PM

Sejak semalam, pelbagai spekulasi telah timbul apabila Perdana Menteri Malaysia dan beberapa individu penting negara bergerak ke Istana Pahang bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Khabar angin yang beterbangan sejak petang semalam juga belum ada sebarang jawapan apabila tiada sebarang pengumuman dilakukan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas pertemuan tersebut.

Kenyataan media

Image may contain: text

Image may contain: text that says 'Berhubung dengan kenaikan mendadak kes positif harian COVID-19 dan kewujudan beberapa kluster baharu yang berterusan negara ini, Al-Sultan Abdullah mengulangi nasihat Seri Paduka Baginda kepada rakyat untuk memainkan peranan masing-masing dan berdisiplin mematuhi prosedur operasi standard (SOP) tatacara amalan kebiasaan baharu dalam membantu pihak berkuasa memerangi COVID-19 demi keselamatan diri serta masyarakat. Al-Sultan Abdullah turut mengajak seluruh rakyat untuk bersama Seri Paduka Baginda berdoa semoga Malaysia sentiasa dirahmati dan dilindungi dari segala bentuk ancaman serta penularan COVID-19 dapat dibanteras dengan berkesan dan diakhiri dengan segera. Dato' Indera Ahmad Fadil Shamsuddin Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara'

Namun begitu,  satu kenyataan media berkenaan KDYMM Paduka Yang Di Pertuan Agong berkenan menerima menghadap YAB  Perdana Menteri lanjutan daripada Mesyuarat Khas Kabinet telah dimaklumkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Negara, Dato’ Indera Ahmad Fadil Shamsuddin kepada pihak media.

Akan berbincang dengan Raja-Raja Melayu

Menerusi kenyataan tersebut, sesi pertemuan tersebut berlangsung selama hampir satu setengah jam. KDYMM Baginda Agong menerima sembah taklimat cadangan-cadangan yang dicapai oleh Mesyuarat Khas Jemaah Menteri untuk dipertimbangkan.

Oleh itu, Baginda akan berbincang dengan Raja-Raja Melayu dalam masa terdekat mengenai cadangan-cadangan Perdana Menteri.

Agong nasihatkan rakyat supaya bertenang

Selain daripada itu, KDYMM Baginda Agong turut menyatakan bahawa Baginda amat memahami keperluan pentadbiran negara untuk memerangi C0vid-19 dan prihatin dengan kegel1sahan serta kegvsaran rakyat.

Jadi, baginda menasihati agar rakyat supaya bertenang, tidak panik dan bersabar menghadapi situasi getir ini.

Di akhir kenyataan tersebut, Baginda meminta agar rakyat tidak membuat sebarang spekvlasi berkenaan keadaan semasa.

 

Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Abdulaziz di Kuantan, Pahang pada petang Jumaat.

Kenderaan yang membawa Perdana Menteri dilihat memasuki pagar Istana Abdulaziz pada kira-kira 4.40 petang, diiringi pasukan keselmatan dan sejumlah kenderaan rasmi kerajaan negeri Pahang.

Rombongan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Istana Abdul Aziz, Indera Mahkota pada jam 4.40 petang. - NSTP/Mustaffa Kamal Rombongan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Istana Abdul Aziz, Indera Mahkota pada jam 4.40 petang. – NSTP/Mustaffa Kamal

Turut kelihatan memasuki Istana Abdulaziz ialah kenderaan rasmi Panglima Angkatan Tentera (PAT) Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

 

Sumber: Bernama, OMM

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*