TMJ berdoa Allah lindungi negara daripada orang ‘gila ku4sa’

PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memuji peranan semak dan imbang raja dalam pentadbiran negara, ketika raja-raja Melayu membincangkan cadangan dikemukakan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

“Situasi sekarang adalah petunjuk jelas menunjukkan apa yang akan berlaku bila ku4sa mentadbir diberikan sepenuhnya kepada orang-orang politik saja,” tulisnya di Facebook hari ini.

Katanya, paling penting sekarang ialah kebajikan rakyat diutamakan dan pemulihan ekonomi berjalan lancar.

“Semoga Allah memberkati kebijaksanaan raja-raja Melayu untuk menjaga kestabilan negara dan melindungi negara daripada ancaman orang-orang yang t4mak dan mengg1lakan ku4sa demi kepentingan peribadi.

“Inilah pentingnya sistem beraja, di mana raja-raja Melayu berfungsi memberi kelebihan ‘check & balance’ dalam pentadbiran negara.

“Doa dan harapan saya adalah kestabilan. Semoga Allah sentiasa memberkati raja-raja Melayu.”

Perbincangan khas raja-raja Melayu sedang diadakan di Istana Negara bagi meneliti cadangan yang dikemukakan Muhyiddin kepada Yang di-Pertuan Agong Jumaat lalu.

Tiada butiran berhubung cadangan itu, tetapi spekulasi tersebar luas mendakwa pengisytiharan darurat atau darurat separa antara perkara yang dikemukakan kepada Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Tak perlu isytihar darurat, kata Agong

DALAM pada itu, Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berpendapat tiada keperluan untuk meng1sytiharkan darurat di negara ini atau mana-mana bahagian negara buat masa ini.

“Seri Paduka Baginda amat mempercayai keupayaan Kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri untuk terus melaksanakan dasar dan tindakan penguatku4saan bagi membendung gejala wabak Covid-19 ini dari terus merebak.

“Al-Sultan Abdullah berpendapat tiada keperluan buat masa ini untuk Seri Paduka Baginda mengisytiharkan darurat di negara ini atau mana-mana bahagian negara Malaysia,” ujar Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamuddin kenyataan Istana Negara pada Ahad petang.

“Kendatipun begitu, Seri Paduka Baginda ingin mengingatkan ahli-ahli politik untuk memberhentikan segera segala politicking yang boleh menganggu kestabilan pemerintahan negara.

“Al-Sultan turut berpendapat bahawa tiada perlunya Ahli-ahli Parlimen meneruskan tindakan tidak bertanggungjawab yang boleh menganggu-gugat kerajaan sedia ada,” katanya dalam perutusan rasmi Istana Negara hari ini.

Dalam pada itu, Seri Paduka Baginda menegaskan bahawa Belanjawan Negara 2021 yang akan dibentangkan dalam parlimen adalah amat penting kepada rakyat dalam menangani w4bak C0VID-19.

“Justeru, peruntukan kewangan amat diperlukan oleh petugas barisan hadapan bagi melancarkan tugas dan tanggungjawab mereka.

“Sesungguuhnya, Al-Sultan Abdullah amat prihatin terhadap kegelisahan seluruh rakyat ekoran daripada kenaikan mendadak beberapa kluster baharu dan kes positif harian C0VID-19 di negara ini.

“Al-Sultan Abdullah menzahirkan keyakinan bahawa dengan semangat perpaduan dan jvang yang tinggi seperti yang telah dipamerkan bersama, kita mampu sekali lagi berganding bahu memerangi gelombang ketiga penul4ran w4bak ini,” tambah perutusan itu lagi.

 

Sumber: Facebook HRH Crown Prince of Johor, FMT, Istana Negara, BERNAMA

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "TMJ berdoa Allah lindungi negara daripada orang ‘gila ku4sa’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*