Baru empat hari tayangan, filem Mael Totey The Movie raih kutipan RM2.56 juta

Baru empat hari ditayangkan di saluran Astro First, siapa sangka naskah pertama Youtuber dari Kelantan iaitu Syahmi Sazli telah berjaya mencatat kutipan RM2.56 juta.

Memetik laporan Harian Metro, meskipun baru pertama kali mengarah filem, Youtuber berusia 25 tahun itu membuktikan karyanya sudah berjaya menambat hati penonton di Malaysia.

Mael Totey The Movie kutip RM2.56 juta

Mula dikenali menerusi segmen drama spontan di saluran YouTube, dia tidak menyangka filem arahan pertama akan mendapat sambutan luar biasa.

“Saya tidak menyangka filem arahan pertama saya akan mendapat sambutan luar biasa. Fenomena yang tercetus ini memberi semangat baru buat saya untuk terus menghasilkan karya yang lebih baik…”

“Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penonton, peminat, pengikut kami serta semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung yang memberi sokongan padu pada filem ini.

“Saya juga ingin merakamkan ucapan penghargaan terima kasih buat pihak Astro serta radio yang banyak membantu dan memberi sokongan dari fasa produksi sehingga fasa promosi sekarang ini.

“Tidak dilupakan buat rakan media yang tidak putus-putus menghebahkan karya-karya saya selama ini. Saya tidak menyangka filem arahan pertama saya akan mendapat sambutan luar biasa. Fenomena yang tercetus ini memberi semangat baharu buat saya untuk terus menghasilkan karya yang lebih baik, ” katanya.

Filem pertama jadi fenomena

Untuk makluman, filem Mael Totey The Movie telah berjaya menjadi filem pertama dengan kutipan paling tinggi di Astro First sekali gus memecahkan rekod yang sebelum ini dipegang filem Syif Malam Raya.

Mengangkat genre komedi, Syahmi masih mengekalkan para pelakon istimewanya seperti Yoe Parey, Asif Suhaimi, Emaleen Minhad dan Aween Ismail.

Sementara itu Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata pihaknya sentiasa komited dalam membantu membuka ruang buat penerbit tempatan untuk menayangkan karya kepada penonton sasaran dalam tempoh sekarang ini.

Ujarnya, inisiatif ini dilihat mampu memberi jalan positif untuk menjana semula ekonomi dalam industri hiburan, meskipun panggung wayang tidak beroperasi sepenuhnya kerana penularan wabak Covid-19.

“Sesuatu yang agak istimewa tentang Mael Totey The Movie, ia merupakan hasil filem pertama produksi dan arahan bakat kreatif, Syahmi Sazli dan kejayaan ini telah menambahkan lagi sinar harapan baru buat industri perfileman tempatan yang terjejas akibat Covid-19.

“Disamping itu, kejayaan ini juga secara tidak langsung telah melahirkan bakat baru dan menjadi game changer di dalam industri di mana seorang YouTuber berusaha memajukan diri ke tahap yang lebih tinggi.

“Sokongan positif diberikan oleh para penonton mendorong pihak kami untuk membawakan lebih banyak filem yang dilihat berpotensi sebagai karya terbaik dan menepati cita rasa penonton, ” ujarnya

Untuk rekod, Mael Totey The Movie mencapai kutipan paling tinggi di platform Astro First setakat ini sekaligus memecah rekod terdahulu yang dipegang oleh filem Syif Malam Raya.

Mael Totey The Movie mengangkat genre drama komedi dan mengisahkan seorang pemuda lurus bendul, Mael yang berusaha pelajari Bahasa Inggeris demi memenuhi syarat gadis idamannya, Yaya. Bagaimanapun Mael bertemu cinta sejatinya bersama cikgu Bahasa Inggeris yang mengajarnya.

Konflik antara Mael, cikgu dan Yaya diselesaikan oleh empat remaja istimewa, Asif, Yoe, Yatin dan Bedul.

Filem ini membariskan selebriti Youtube Yoe Parey, Asif Suhaimi, Emaleen Minhad, Aween Ismail, Ewan, serta pelakon tanah air seperti Hushairi Hussain, Daler Yusof, Aznah Hamid dan Kamarool Yusoff.

Mael Totey The Movie boleh ditonton menerusi saluran Astro First.

 

Sumber: Harian Metro (Syafil Syazwan Jefri), OMM, mStar

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*