“Jangan kec4m ibunya” – Kes Kanak2 M4ut Jatuh Tingkat 15, Netizen Mohon Henti S4lahkan Ibu

Seorang kanak-kanak lelaki m4ut selepas terjatuh dari rumah di tingkat 15 Flat Ladang Gemilang Satu, Kuala Terengganu petang semalam. Menurut Harian Metro, Mohamad Aryan Defa Danish Mohd Azizul, 6, bersendirian di rumahnya ketika kejadian berlaku pada jam 4 petang itu.

Sumber: Facebook

Ibu ke kedai berhampiran

Difahamkan, ibu m4ngsa telah keluar ke kedai berhampiran ketika m4ngsa sedang tidur. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata m4ngsa yang berseorangan itu tergelincir ketika berada di tepi tingkap ruang tamu rumah.

Menurut ibu m4ngsa, ketika kejadian dia memasang cerita kartun namun tidak menyangka apabila terjaga anaknya itu menanggalkan sekeping tingkap cermin nako dan letak di atas sofa.

Saya tidak tahu apa tujuannya tetapi kemungkinan dia mahu menjenguk untuk melihat ke bawah. Saya berasa agak pelik kerana sebelum ini dia tidak pernah berbuat demikian.”

Sumber: Facebook

Pagi tadi ketika mengemas rumah, dia bersalam dengan saya dan tidak sangka ia adalah tanda perkara tidak baik berlaku kepadanya.”

– Ibu m4ngsa, Nurul Emilia Ali, 34.

Kata Emilia, dia tidak menyangka perbuatan anaknya yang dianggap suka-suka itu adalah salaman terakhir. Kebiasaannya dia akan membawa m4ngsa bersama ke kedai membeli makanan namun ketika kejadian, anaknya itu sedang tidur. Disebabkan itu, dia hanya membawa anak bongsunya bersama sementara dua abang m4ngsa keluar bermain dan bapanya, Mohd Azizul Mohamad bekerja.

Sumber: Facebook

“Jangan kita kec4m ibunya…”

Sementara di Facebook, ramai netizen yang mengucapkan takziah dan mendoakan agar kedua ibu bapa m4ngsa kuat untuk hadapi berita kehilangan anak mereka itu.

Mereka juga meminta agar orang ramai berhenti mengecam dan mencemuh ibunya kerana men1nggalkan anak berseorangan di rumah. Rata-ratanya berpendapat lebih elok jika kita mendoakan pasangan itu diberi kekuatan pada waktu sebegini.

Sumber: Lobak Merah

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Jangan kec4m ibunya” – Kes Kanak2 M4ut Jatuh Tingkat 15, Netizen Mohon Henti S4lahkan Ibu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*