(Video) Masya tew4skan lebih 3,000 peserta Asia, menang AS$40,000

PETALING JAYA – Penyanyi Masya Masyitah mengharumkan nama Malaysia apabila menjadi juara pertandingan mencungkil bakat peringkat antarabangsa, Yippi Star Quest 2020 malam tadi.

Masya atau nama sebenarnya, Siti Nurmasyitah Mohd. Yusoff, 20, menundukkan penyanyi dari Filipina bernama Phem sekali gus melayakkan dirinya menang hadiah wang lumayan kira-kira AS$40,000 (RM160,000) termasuk wang tunai AS$25,000 (RM104,000).

“Alhamdulillah, saya memang tidak sangka. Sudah tentu, final malam tadi sangat sengit. Phem pun ada kekuatan dan peminat tersendiri namun rezeki ternyata lebih memihak kepada saya,” katanya kepada Kosmo! Online sebentar tadi.

Masya berjaya memenangi wang tunai berjumlah RM160,000 dalam pertandingan Yippi Star Quest 2020 malam tadi.

Katanya, pertandingan tersebut sudah berlanjutan selama empat bulan dan dia tidak menyangka mampu menjadi juara menewaskan lebih 3,000 peserta yang bertanding.

Biarpun Masya merupakan peserta berbangsa Melayu, kefasihannya berbahasa Mandarin dengan sebutan yang jelas berjaya meraih perhatian dan menjadi pilihan utama dalam platform media sosial Yippi.

Terdahulu, pada malam separuh akhir, pelantun lagu Hapus itu menyanyikan lagu-lagu dalam bahasa Mandarin, Melayu, Inggeris dan Indonesia berdasarkan pilihan penonton.

Bukan itu sahaja, perwatakannya menarik dan menyenangkan yang ditonjolkan membuatkan penonton daripada pelbagai kaum serata rantau Asia Tenggara sepakat mengundinya sehingga ke peringkat akhir kerana percaya pada bakatnya dan akhirnya, menjadi juara di antara 3,000 peserta lain.

Pada peringkat akhir, Masya menyanyikan 16 buah lagu termasuk lagu berjudul Living On A Prayer (nyanyian asal Bon Jovi) dan beberapa lagu lain berbahasa Mandarin dan Tagalog.

Masya Masyitah bawa harapan Malaysia

Masya bakal menghadapi pencabarnya, Phem di pentas akhir Yippi Star Quest 2020, Ahad ini. Foto IG Masya MasyitahMasya bakal menghadapi pencabarnya, Phem di pentas akhir Yippi Star Quest 2020, Ahad ini. Foto IG Masya Masyitah

Terdahulu, Selepas beberapa bulan bertarung atas talian, program pencarian bakat, Yippi Star Quest 2020 bakal melabuhkan tirai, Ahad ini.

Mewakili negara, penyanyi berbakat besar yang menawan industri muzik Cina di Malaysia, Masya Masyitah berjaya mengalahkan peserta lain dan mara ke pentas akhir menentang penyanyi, Phem dari Filipina.

Pertandingan itu bakal berlangsung secara atas talian di portal aplikasi Yippi, Ahad ini, mulai jam 8.30 malam.

Masya yang mahir bertutur dalam berbahasa Mandarin, berjaya meraih perhatian dan menjadi pilihan utama di platform sosial Yippi.

Pada malam separuh akhir, Masya menambat hati penonton dengan menyanyikan rangkaian lagu Mandarin, Melayu, Inggeris dan Indonesia seperti yang dimahukan peminat.

Kemampuan Masya bertutur dalam bahasa Mandarin memberi kelebihan kepadanya untuk bersinar dalam pertandingan bakat atas talian anjuran Yippi. Foto Ihsan IG Masya Masyitah
Kemampuan Masya bertutur dalam bahasa Mandarin memberi kelebihan kepadanya untuk bersinar dalam pertandingan bakat atas talian anjuran Yippi. Foto Ihsan IG Masya Masyitah

Masya juga mampu berinteraksi dengan baik dengan penonton atas talian, malah mempamerkan kepetahan bertutur dalam bahasa Mandarin ketika pertandingan berlangsung.

Bukan itu sahaja, perwatakan Masya yang menarik membuatkan penonton dari seluruh rantau Asia Tenggara memilihnya sebagai finalis. Sejak mula dilancarkan, kira-kira 3,000 peserta mencuba nasib di Malaysia.

Masya yang sedang giat berlatih, bakal menunjukkan kekuatan dirinya sebagai penghibur.

“Banyak yang saya pelajari dan pelbagai pengalaman ditempuhi termasuk bagaimana hendak membuat penonton terus berminat dengan persembahan saya.

“Saya sangat teruja untuk memberikan yang terbaik. Saya harap peminat dapat menonton secara online dan terus memberi sokongan padu,” katanya.

 

Sumber: K! ONLINE, BHOnline

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Be the first to comment on "(Video) Masya tew4skan lebih 3,000 peserta Asia, menang AS$40,000"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*