Sumber: Najib cadangkan BN beri sokongan pada Anwar tanpa DAP

Foto: Azneal Ishak | malaysiakini.com

Pertemuan ahli-hali parlimen BN di Kuala Lumpur petang tadi dikejutkan dengan cadangan bekas perdana menteri, Najib Razak, agar parti itu menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

Cadangan itu dibuat Najib dengan alasan perlunya keseimbangan dalam jawatan dalam kerajaan kini.

Bagaimanapun menurut sumber cadangan dibawa ahli parlimen Pekan itu tidak dapat diterima sebahagian besar tokoh yang hadir.

Seorang ahli parlimen BN yang enggan didedahkan identitinya berkata, cadangan Najib itu tidak dapat diterima akal kerana mereka berpendapat, menyokong Anwar bermakna menerima DAP sebagai kerajaan.

Working with Umno good for DAP's Malay image, says analyst | Free Malaysia Today

“Masakan cadangan yang seperti tidak masuk akal mampu untuk diterima oleh akar umbi Umno kerana ahli-ahli Umno diberitahu sebelum ini bahawa Umno menyokong penubuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN) kerana tidak mahu DAP menjadi sebahagian kerajaan.

“Takkanlah BN – terutama Umno – mahu untuk bersama dengan DAP dalam kerajaan, kerana bukan saja ideologi perjuangan kedua-dua parti berbeza, malah ahli-ahli antara kedua-dua parti akan bercelaru,” katanya kepada Malaysiakini.

Jelas sumber itu lagi, pertemuan petang tadi hampir tergendala ekoran cadangan yang dikemukakan bekas pengerusi BN itu.

Mesyuarat ahli parlimen BN yang berlangsung hampir tiga jam bermula jam 1 petang tidak membuat sebarang keputusan sama ada Muhyiddin Yassin perlu mencadangkan kepada Yang di-Pertuan Agong agar Dewan parlimen dibubarkan atau tidak.

Sebaliknya, kata Najib, mesyuarat itu mendengar pelbagai pandangan daripada mereka yang hadir.

“Tak ada keputusan, macam-macam pandangan tapi pandangan ini tak boleh ambil kira, yang penting sekali keputusan.

“Kita cuma mendapatkan pandangan-pandangan daripada wakil rakyat BN tentang pendirian kita dan halatuju yang patut dijadikan ketetapan parti,” kata Najib.

Zahid: No discussion of me taking leave during Umno supreme council meeting | TheStarTV.com

Sementara itu seorang lagi sumber BN berkata, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, kelihatan lebih tenang dan berpegang teguh atas keputusan Majlis Tertinggi (MT) Umno sebelum ini yang menolak sebarang kerjasama dengan Anwar mahupun DAP.

“Zahid mendengar pelbagai pandangan dan cadangan termasuk daripada Najib dengan tenang kerana pastinya beliau mahu masa depan BN terutama Umno terus cerah dan lebih menyinar di mata rakyat,” katanya ketika dihubungi.

Jelasnya, drama politik negara belum berakhir dan sebarang tind4kan sama ada Muhyiddin mahu meletak jawatan atau membubarkan Dewan Rakyat, pastinya akan didorong oleh keputusan yang diambil oleh BN dan Umno selepas ini.

Mesyuarat BN: Hishammuddin, Mastura menolak cadangan untuk menyokong Anwar

BN Meeting: Hishammuddin, Mastura reject proposal to support Anwar

SEMENTARA itu, menurut laporan Astro AWANI, cadangan agar UMNO dan Barisan Nasional (BN) menganggap Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri berikutnya, disahkan telah dikemukakan oleh seorang Anggota Parlimen yang turut serta dalam pertemuan dengan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini.

Satu sumber memberitahu Astro AWANI bahawa Anggota Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein adalah antara mereka yang menentang cadangan tersebut.

“Dia (Hishammuddin) menegaskan pendiriannya dan menolak bahawa UMNO dan BN menyokong Anwar,” kata sumber itu sebentar.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid dalam catatan terbarunya di Facebook mengatakan, dia adalah orang UMNO yang berpegang teguh pada perjuangan AaBaTa (Agama, Bangsa, dan Tanah Air) yang menjadi prinsip parti selama ini.

“Demi perjuangan ini, saya tidak akan menyokong DSAI (Anwar Ibrahim) dan DAP,” tulisnya ringkas.

Sebelumnya, Astro AWANI melaporkan bahawa beberapa ahli parlimen BN mengemukakan cadangan agar Anwar disokong sebagai Perdana Menteri, dedah salah seorang yang turut serta dalam pertemuan dengan Ahmad Zahid pada hari Isnin.

Bagaimanapun, sumber itu mengatakan, jika ada perbincangan dengan Ketua Pakatan Harapan, ia sama sekali tidak melibatkan penyertaan DAP.

Menurut sumber itu, UMNO dan BN masih berpegang pada prinsip “Tidak DAP” jika mereka mahu mencari jalan keluar dari kr1sis politik yang sedang melanda negara ketika ini.

Ketika diminta mengulas mengenai identiti Anggota Parlimen, Mastura mengatakan media perlu mendapatkan penjelasan daripada individu itu sendiri.

“Perlu bertanya kepada individu itu. Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO malam ini sangat penting. Pendirian saya adalah bahawa saya tidak menyokong DSAI (Anwar Ibrahim) dan saya tidak menyokong DAP.

Ketika ditanya apakah individu itu adalah pemimpin kanan BN, Mastura berkata: “Saya minta maaf. Saya tidak dapat menamakan individu berkenaan dengan kerahsiaan pertemuan hari ini. “

Terkini: Status terkini daripada laman facebook Najib Razak

 

Sumber: mkini, Awani, Facebook Najib Razak

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*