Cadang Pengeluaran RM10K Dalam Akaun 1 KWSP Dapat Respon Baik Dari Rakyat

Kerajaan perlu pertimbangkan cadangan ramai pihak agar pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan membuat pengeluaran sehingga RM10,000 secara ‘one-off’ dari akaun 1 masing-masing.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kebenaran itu bertujuan untuk membantu rakyat yang terjejjas bagi kegunaan mndesak.

Najib turut mencadangkan agar permohonan tersebut boleh dipertimbangkan dengan syarat pemohon juga tandatangan surat aku janji untuk berjanji mencarum semula pengeluaran ‘one-off’ itu dalam tempoh dua tahun akan datang selepas ekonomi puIih tidak termasuk caruman bulanan biasa.

“Saya nak nasihatkan bahawa dividen KWSP biasanya lebih tinggi berbnding kadar faedah simpanan bank dan simpanan KWSP adalah amat penting untuk usia tua selepas bersara.

“Sebab itu, jangan membuat pengeluaran KWSP jika tiada kegunaan mendessak,” katanya dalam hantaran di laman Facebook miliknya, hari ini.

Sebelum ini, kerajaan membenarkan pencarum KWSP untuk mengeluarkan simpanan mereka dengan jumlah maksimum RM6,000 dari akaun 2 KWSP menerusi skim i-Lestari.

Dalam pada itu, bekas Menteri Kewangan itu turut menjelaskan, syarat aku janji yang dicadangkan itu bukan bertujuan mendessak pencarum membuat bayaran balik.

“Niat saya adalah untuk menggalakkan pencarum melebihkan simpanan usia tua sebab dividen KWSP adalah lebih tinggi. “Jika tak dapat bayar balik dalam masa dua tahun, tiada penalti dan KWSP tak boleh buat apa-apa.

“Cuma untuk memperingatkan pencarum bahawa simpanan dalam KWSP adalah penting dan akhirnya akan menguntungkan pencarum,” ujarnya.

Berikut antara reaksi daripada orang ramai yang brsetuju dengan cadangan tersebut

Satu langkah yang wajar

Keperluan mendesak, perlu dipermudahkan pengeluaran


Sumber : K! ONLINE, Facebook Najib Razak

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*