(Video) Meruntun jiwa!…Laungan Azan Iringi Keberangkatan Frontliner Ini Ke Sabah!

Meruntun jiwa! Itulah yang boleh diungkapkan apabila menonton sepotong rakaman video yang dikongsi oleh pencetus Ummah (PU) Syed Bakri.

Video berdurasi sekitar 1 minit 23 saat itu dimuat naik PU Syed menerusi satu posting di Instagramnya, hari ini.

Keberangkatan pergi petugas kesihatan ke Sabah

Difahamkan, menerusi video tersebut, para petugas daripada Hospital Raja Perempuan Zainab, Kota Bharu, Kelantan itu sedang bersiap bersedia untuk berangkat ke Sabah bagi membantu menangani kes COVID-19.

Apa yang membuatkan ramai tersentuh apabila kerberangkatan frontliner ini tutut diiringi dengan laungan azan.

Laungan azan iringi petugas kesihatan berangkat ke Sabah

“Semoga dipermudahkan urusan mereka.. siru ‘ala barakatillah.

“Laungan Azan mengiringi para petugas dari Hospital Raja Perempuan Zainab untuk digerakkan ke Sabah.

“Kira dah macam berjuang di medan perang, semoga dipermudahkan. 

“Sama-sama kita doakan keselamatan frontliners ni,” kata PU Syed.

Video tersebut kemudian mencetuskan rasa hiba dalam kalangan pengikut Instagram PU Syed.

Rata-ratanya mendoakan supaya perjuangan frontliner ini diberkati.

Suasana agak sayu

Perkara tersebut turut dikongsikan sendiri oleh pejabat pengarah negeri berkenaan apabila memuat naik momen tersebut di laman Facebook.

Menerusi gambar, dapat dilihat para petugas kesihatan cuba menahan sebak malah ada yang menangis sambil ditenangkan rakan setugas dengan memberi kata-kata semangat.

Akan menaiki penerbangan dari KLIA

Pelepasan itu diadakan di lobi Kompleks Rawatan Harian HRPZ II pada jam 10 pagi oleh Pengarah JKNK, Datuk Dr Zaini Hussin.

Menurut beliau, enam kakitangan terbabit menaiki kereta ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum mengambil penerbangan terus ke Kota Kinabalu, Sabah.

Laungan azan iringi petugas kesihatan berangkat ke Sabah

Sebagai penyuntik semangat

Tambah Datuk Zaini lagi, alunan azan tersebut adalah sebagai penyuntik semangat mereka sebelum berangkat menjalankan tugas demi negara.

“Alunan azan adalah bagi menyuntik semangat dan menganggap tugasan yang diberikan adalah satu ibadat.

“Selepas sebulan, mereka akan digantikan dengan kakitangan lain bergantung kepada keperluan dan sudah ada kakitangan yang pulang iaitu mereka yang berlepas sebelum ini,” katanya.

Untuk rekod, seramai 33 pegawai kesihatan dari pelbagai daerah dan hospital di Kelantan menyertai Misi Bantuan koronavirus (Covid-19) di Sabah.

Susulan daripada itu, seluruh warga kerja JKNK telah mendoakan agar urusan mereka dipermudahkan oleh Allah SWT dan selamat pergi serta pulang dalam menjalankan tugas yang berat ini.

 

Sumber: KelatekuBerita Harian (Siti Rohana Idris), JKNK, Gempak

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "(Video) Meruntun jiwa!…Laungan Azan Iringi Keberangkatan Frontliner Ini Ke Sabah!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*