Sumber: Muhyiddin tunggu calon TPM dari Umno, tapi enggan terima Zahid

Muhyiddin Yassin did4kwa sedang menunggu Umno mencalonkan pemimpin parti itu yang dianggap boleh diterima untuk dilantik sebagai timbalan perdana menteri, lapor sebuah laporan media hari ini.

Memetik sumber yang tidak dided4hkan, Sin Chew Daily mend4kwa presiden Bersatu itu bersedia melantik seorang wakil Umno ke jawatan berkenaan dan terserah kepada parti terbabit mengemukakan calon.

Malaysiakini - Zahid's lobbying shows how Muhyiddin is being 'bullied', claims Kadir

Bagaimanapun kata sumber berkenaan Muhyiddin tidak dapat menerima Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, sebagai timbalannya kerana ahli parlimen Bagan Datuk itu masih dibicarakan di mahkamah.

“Tan Sri (Muhyiddin) boleh terima Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan; Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob atau Hishammuddin Hussein yang kini tiada sebarang jawatan dalam parti.

“Sekarang (Muhyiddin) cuma menunggu cadangan Umno, tapi jika mereka bertegas mahukan Zahid, maaflah,” katanya.

Untuk rekod Hishammuddin ialah bekas naib presiden Umno.

Selepas dilantik menjadi perdana menteri pada Mac lalu, Muhyiddin tidak melantik timbalan perdana menteri seperti biasa yang dilakukan pemimpin terdahulu.

Muhyiddin: Kedudukan menteri kanan sama | Utusan Borneo Online

Sebaliknya dia melantik empat menteri kanan. Daripada jumlah itu dua adalah dari Bersatu, seorang Umno dan seorang lagi Gabungan Parti Sarawak.

Menurut laporan itu lagi, seorang sumber dari Umno mend4kwa parti berkenaan diminta membentuk sebuah jawatankuasa rundingan bagi membincangkan terma baru kerjasama mereka dengan Bersatu, termasuk pelantikan timbalan perdana menteri dan jawatan lain.

Jika Muhyiddin g4gal memuaskan hati Umno, kata sumber-sumber, mereka akan mendes4k agar pilihan raya umum (PRU) diadakan sebaik saja anc4man Covid-19 berkurangan.

Katanya pertemuan Majlis Tertinggi Umno semalam turut membincangkan kemungkinan menyegerakan PRU.

“Tapi ini bergantvng kepada langkah lanjut Muhyiddin, termasuk jika dia mengemukakan tawaran baru kepada Umno seperti pelantikan timbalan perdana menteri, usaha menangani C0vid-19 dan memulihkan ekonomi,” kata sumber yang hadir dalam pertemuan semalam.

No photo description available.

Menurut Malaysiakini belum dapat mengesahkan kesahihan laporan berkenaan.

 

Sumber: Malaysiakini

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*