Selepas bina masjid, Wawa & Aeril mahu buka pusat tahfiz pula

Selepas perancangan membina masjid sebelum ini tercapai, pasangan pelakon popular Aeril Zafrel dan Wawa Zainal kali ini berhasrat mahu menubuhkan pusat tahfiz pula.

Menerusi laporan Harian Metro, Wawa berhajat mahu membantu insan-insan yang memerlukan dengan menggunakan rezeki yang dilimpahkan kepada dirinya dan keluarga.

Kerja kuat untuk bantu orang lain juga

Menurut pelakon yang juga usahawan kosmetik itu, harta dan kekayaan yang dikurniakan bukanlah semata-mata untuk kemewahan diri sendiri tetapi ia juga untuk dikongsi bersama orang lain.

“Kerja kuat dan cari duit bukan sebab nak mewah di dunia semata-mata, tapi sebab nak bantu orang lain. Nak sedekah dan tolong orang. Kita bukan bantu orang itu saja, tapi dalam masa sama bantu diri kita sendiri untuk kehidupan yang abadi di sana…”

“Memang bukan berniat nak riyak atau menunjuk-nunjuk… tapi ini adalah saham akhirat bersama pelanggan kami.

“Mereka yang membeli turut menjadi penyumbang kepada dana masjid ini dan bukan hanya pada nama saya atau Wawa sahaja.

“Kami juga tidak bercadang menukar nama masjid… apa yang kami harap sumbangan ini memberi manfaat kepada penduduk kampung,” ujarnya.

Jalan ke syurga ini

Tambahnya lagi, proses pembinaan masjid yang dirancang di kampung halaman Aeril iaitu di Kampung Rengit, Batu Pahat, Johor akan dimulakan Disember ini.

“Semoga sebab perniagaan kecil-kecilan kita mampu membawa kita ke syurga. Alhamdulillah, impian nak bina masjid Allah permudahkan. Insya-Allah, selepas ini nak tubuhkan pusat tahfiz. Lokasi belum ada lagi…”

“Pelan pembangunan, rekaan, kawasan dan sebagainya sudah ada. Insya Allah, proses pembinaan bakal dimulakan dalam bulan Disember ini. Terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan kejayaan kami…”

Ibu kepada tiga cahaya mata ini berkata apa yang dicapai ini bukan untuk dirinya sahaja, tapi bermanfaat untuk semua yang sudah menyokong perniagaannya selama ini.

 

Sumber: Harian Metro (Sudirman Mohd Tahir), OMM

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*