Sah! Hafizh Syahrin Kekal Di Moto 2 Musim 2021, Umum Pasukan Baharu….

Foto: Pandu Laju

Kuala Lumpur: Teka-teki pasukan baharu yang bakal disertai pelumba sensasi negara, Hafizh Syahrin Abdullah akan diketahui antara dua pusingan perlumbaan di Valencia bulan depan.

Perkara itu dimaklumkan pengurus Hafizh, Razmin Masli Abdul Razak yang sebelum ini mengesahkan pelumba mendapat gelaran El Pescao itu akan kekal beraksi di Moto2 musim depan.

Hafizh umum pasukan baharu di Valencia | Harian Metro

Dua pusingan perlumbaan akan berlangsung di Litar Ricardo Tormo, Valencia dengan yang pertama dinamakan Grand Prix (GP) Europa pada 8 November manakala GP Valencia akan berlangsung seminggu selepas itu.

Pasukan dari Eropah

“Perbincangan dengan pasukan buat Hafizh untuk musim 2021 sudah selesai dan Hafizh akan kekal di Kejohanan Dunia Moto2. Pasukan untuk musim 2021 akan berpangkalan di Eropah. ” Insya-Allah, pengumuman akan dibuat dalam sedikit masa lagi.

Jika perancangan semua berjalan lancar di pihak pasukan, Insya-Allah (pengumuman) semasa perlumbaan di Valencia,” katanya.

Ditanya adakah pasukan yang bakal disertai Hafizh kali ini lebih kompetitif dan mampu mengembalikan semula reputasi pelumba negara itu, Razmin lebih bersikap terbuka.

“Semua pasukan Moto2 sekarang sangat kompetitif dan dapat dilihat dengan perbezaan masa yang begitu hampir. Perancangan antara pasukan dan pelumba sangat penting.

“Dengan proses pembangunan dan sokongan yang baik, Insya-Allah Hafizh akan memberikan yang terbaik.

“Saya berharap dengan selesainya perbincangan untuk 2021, Hafizh akan lebih bersemangat dan dapat memberikan tumpuan sepenuhnya untuk melakukan yang terbaik pada baki tiga pusingan perlumbaan musim ini,” katanya.

Hafizh yang kembali bersaing dalam kelas Moto2 musim ini selepas dua tahun menyertai kelas perdana MotoGP, ketika ini sudah mengumpul 21 mata untuk berada di tangga ke-20 keseluruhan dalam carta pelumba.

MotoGP™

Pencapaian terbaik Hafizh bersama pasukan Aspar Team musim ini ialah menemui penamat di tempat keenam di Grand Prix (GP) Sepanyol, Julai lalu.

Sebelum ini, Aspar Team mengumumkan pendahulu kelas Moto3 dari Sepanyol, Albert Arenas diangkat ke kem Moto2 pasukan untuk bergandingan bersama Aron Canet sekali gus menimbulkan persoalan ke mana hala tuju karier Hafizh pada musim depan.

Albert Arenas - Motorcycle Sports

Terdahulu, karier Hafizh dikatakan terumbang ambil selepas pasukan Aspar Team mengumumkan pendahulu kelas Moto3 2020, Albert Arenas diangkat pasukan berkenaan ke kelas Moto2 musim depan bersama rakan senegaranya, Aron Canet selepas menunjukkan prestasi memberangsangkan apabila meraih tiga kemenangan di Grand Prix (GP) Qatar, Sepanyol dan Austria tahun ini.

 

Sumber: HMetro

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*