Keluar akaun 1 KWSP: MTUC sokong, Pakar ekonomi bantah

SHAH ALAM- Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) meminta kerajaan mengkaji semula cadangan pengeluaran akaun satu caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam usaha meringankan beb4n pekerja di Malaysia yang tertekan ekoran penvlaran p4ndemik (C0vid-19).

Timbalan Presidennya, Mohd Effendy Abdul Ghani berkata, kelonggaran bagi pengeluaran tersebut antaranya dapat membantu mereka yang tiada pekerjaan mahupun kehilangan pekerjaan.

Menurutnya, ada kemungkinan pekerja terpaksa meminjam dengan institusi kewangan sehingga ke pinjaman ah long disebabkan terhimpit untuk meneruskan kehidupan harian.

MTUC sokong tapi perlu kajian terperinci

Hentikan campur tangan dalam MTUC

“MTUC berpendapat daripada mereka meminjam, adalah lebih baik kerajaan mempertimbangkan cadangan pengeluaran tersebut.

“Kaedah ini dapat mengurangkan beb4n ekonomi pekerja terhadap pinjaman sedia ada, bil utiliti yang tertunggak mahupun kegunaan perbelanjaan kehidupan harian di samping menggunakan dana yang dikeluarkan ini sebagai modal perniagaan perniagaan untuk menyara hidup mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Bagaimanapun, beliau berkata, MTUC berpendapat kajian terperinci perlu dibuat bagi mengenal pasti mekanisme pengeluaran itu dengan melibatkan semua pihak berkepentingan bagi menentukan jumlah yang munasabah dan mengenal pasti pekerja yang benar-benar memerlukan pengeluaran tersebut.

Pakar ekonomi kata bukan langkah terbaik

Sementara itu, Dekan Fakulti Perniagaan dan Pengurusan daripada Universiti Sultan Zainal Abidin, Profesor Madya Dr Ahmad Azrin Adnan berkata, cadangan supaya kerajaan memberikan kelonggaran untuk mengeluarkan wang daripada akaun satu KWSP bukan langkah terbaik.

Katanya, secara umum simpanan wang KWSP adalah bagi tujuan kegunaan pada hari tua atau selepas bersara.

“Pada masa ini pun kerajaan telah memberikan kelonggaran kepada pemilik akaun untuk membawa keluar wang daripada akaun dua. Jika akaun satu juga dibenarkan, kita risau ramai berdepan mas4lah kewangan pada hari persaraan.

“Tidak ada satu jaminan di mana jika kita berikan kelonggaran pengeluaran akaun satu, pesara akan mempunyai wang yang cukup nanti,” katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad Azrin berkata, apa yang membimbangkan ialah jika kelonggaran diberikan untuk mengeluarkan wang daripada akaun satu, mereka yang tidak terkesan turut mengambil peluang berbuat demikian.

Sementara itu bagi Timbalan Dekan (Pengajian Siswazah dan Jaringan Industri dan Masyarakat) Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Profesor Dr Mohamad Fazli Sabri pula berkata, cadangan supaya kerajaan membenarkan pengeluaran akaun satu KWSP bakal memberi impak besar pada hari persaraan.

Jelasnya, ini ditambah dengan kajian yang menyatakan bahawa jangka hayat rakyat Malaysia akan meningkat dan soal kewangan pastinya menjadi salah satu aspek penting.

“Kalau kita ambil dari situ, dari mana lagi kita nak ada simpanan dan mahu pastikan kelangsungan hidup pada hari tua. Saya lebih selesa gunakan dahulu akaun dua berbanding akaun satu.

“Berdasarkan laporan juga, wang simpanan selepas hari persaraan ini juga hanya mampu bertahan tidak sampai lima tahun. Ini perkara yang membimbangkan jika wang daripada akaun satu dibawa keluar,” katanya.

Pengeluaran Akaun 1 KWSP bukan penyelamat tunggal

KWSP jangka pelaburan hartanah mampu jana pulangan mapan

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam pada itu melihat cadangan untuk membenarkan pengeluaran wang akaun 1 bakal mengakibatkan mas4lah yang lebih besar di masa hadapan.

Ketua Pegawai KWSP, Alizakri Alias berkata, walaupun ramai rakyat Malaysia berdepan kesukaran namun peringatan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai masa hadapan rakyat perlu menjadi pertimbangan semua pihak.

“Mengeluarkan simpanan dalam akaun 1 tidak seharusnya menjadi satu-satunya untuk pencarum mendapatkan tunai dalam melalui kesukaran mereka.

“Kerajaan juga sudah menyediakan bantuan kewangan menerusi Bantuan Prihatin Nasional (BPN), BPN SME+, Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) dan Kita Prihatin yang menelan belanja sehingga RM55 bilion untuk kumpulan B40 dan M40 serta kumpulan sasar lain.

“Malah pencarum turut dibenarkan untuk mengeluarkan wang akaun KWSP menerusi i-Lestari, dengan lebih RM11 bilion sudah dikeluarkan seramai 4.7 juta pencarum, sejak April tahun ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pencarum KWSP bawah 55 tahun boleh keluarkan Akaun 2, kadar maksimum RM500 sebulan - PM - Semasa | mStar

Alizakri berkata, simpanan persaraan itu adalah insurans masa hadapan pencarum dan keputusan mengeluarkan dari akaun itu bakal membahayakan perlindungan itu.

“Saya menyarankan agar pencarum membuat temu janji dengan pegawai Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) untuk mendapatkan pelan kewangan mereka ketika masa yang sukar ini,” katanya.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam berkata, sukar bagi kerajaan membenarkan pengeluaran wang akaun 1 caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi digunakan rakyat yang berdepan w4bak C0vid-19.

Katanya, beliau menyedari ada cadangan yang dibuat bagi pengeluaran wang akaun 1 KWSP dibuat berikutan rakyat terbeb4n dengan imp4k ekonomi akibat penul4ran berkenaan.

 

Sumber: Sinar Harian, HMetro

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Keluar akaun 1 KWSP: MTUC sokong, Pakar ekonomi bantah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*