Legenda James Bond, Sir Sean Connery Mninggal Dunia Dalam Tidur

Khabar dvka datang dari dunia Hollywood. Aktor legenda Sir Sean Connery dilaporkan mninggal dunia pada usia 90 tahun.

Menurut laporan BBC.com, pemegang watak ikonik James Bond ini menghembuskan nafas terakhir di dalam tidurnya di Bahamas setelah dilaporkan tidak sihat untuk beberapa waktu.

Salah seorang anak lelakinya, Jason Connery mengatakan pemergian ayahnya dikelilingi oleh banyak ahli keluarga mereka.

“Ini adalah hari yang menyed1hkan buat kami dan seluruh orang yang mengenalinya. Ini adalah keh1langan  yang menyed1hkan buat semua yang pernah menikm4ti ‘hadiah’ yang diberikan aktor ini,” katanya.

Sir Sean Connery: James Bond actor dies aged 90 | UK News | Sky News

Aktor itu mninggalkan isterinya, Micheline dan dua anak lelakinya, Jason dan Stefan.

Karier Connery bermula lebih berdekad lalu dan pernah membawa pulang Oscar pada tahun 1988 menerusi lakonannya sebagai polis dalam filem The Untouchables.

Selain cukup terkenal dengan karakter James Bond, Connery juga membina imej yang baik menerusi lakonan di filem seperti The Hunt for Red October, Indiana Jones and the Last Crusade dan The Rock.

Antara tweet-tweet dari figura dunia hiburan Amerika

 

Sumber: BBC, Astro Gempak

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*