Teka-Teki Terjawab, Neelofa Sah Dirisik PU Riz Dan Beri Hint Bakal ‘Bersatu’ Pada..

Akhirnya segala teka-teki tentang perhubungan pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa dan Pencetus Ummah, Muhamad Haris bin Mohd Ismail (PU Riz) terjawab apabila beliau menerima kunjungan merisik dari pihak PU Riz sekeluarga.

Apa yang mengukuhkan lagi perkara itu, ibu Neelofa, Noor Kartini turut memuat naik foto bersama mereka berdua di laman sosial Instagramnya dengan luahan rasa syukur berserta kapsyen menyentuh hati.

 

View this post on Instagram

 

❤️

A post shared by Noor Kartini Noor Mohamed (@noorkartini) on

“Bismillahhirohmanirohim, Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.. syukur ku padamu Ya Rabb .. saat yang ku tunggu2 dah pun tiba, kau hadirkan insan istimewa yg bakal membimbing bidadari kesayangan ku..”

“aku yakin dgn ketentuanmu, yang mana insan ini dapat membahagiakannya, dapat menyerikan dan melengkapi hidupnya,yang akan menyokong setiap apa saja urusan nya.. “

“Ya Allah jadilah mereka penyebab kami menjadi tetamu istimewamu disyurga mu nanti .. amiinn @neelofa ku sayang, jantung hatiku, intan permataku,setiap detik dan setiap saat mama mendoakan yang terbaik untuk mu sayang .. mama love you very much”

Alhamdulillah. Meninjau di ruangan Instagram (IG) Story Neelofa, beliau nampaknya turut berkongsi detik-detik kunjungan pihak PU Riz sekeluarga yang serba sederhana dah hanya dihadiri keluarga terdekat kira-kira 20 orang tetamu.

Sumber memberitahu majlis merisik itu berlangsung di kediaman ibu bapa Neelofa di Petaling Jaya, di mana jumlah tetamu dihadkan bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Difahamkan, keluarga kedua-dua belah pihak juga turut berbincang mengenai perancangan perkahwinan mereka dan menyerahkan kepada Neelofa dan PU Riz untuk menentukan jumlah hantaran.

Malah mereka juga turut menunaikan solat Asar terlebih dahulu yang diimamkan oleh PU Riz sebelum majlis merisik dijalankan.

Pasangan romantis ini juga dikatakan bakal diijab kabul pada Mac depan.

Sekarang kita hanya perlu menunggu kenyataan rasmi daripada tuan empunya badan yang kini berdarah manis!

Bakal Imam kepada Neelofa, kenali siapa PU Riz

Sah Neelofa dirisik PU Riz | Astro Awani

Selebriti dan usahawan ternama, Neelofa hari ini menerima kunjungan keluarga PU Riz pada Ahad. Astro AWANI difahamkan, kunjungan itu adalah bagi menyempurnakan acara merisik.

Majlis yang diadakan secara sederhana itu hanya dihadiri oleh keluarga terdekat pasangan berkenaan. Sumber keluarga pasangan berkenaan memberitahu, Neelofa yang baru-baru ini membuat keputusan untuk berniqab menerima sebentuk cincin sebagai tanda dia sudah disunting.

Bakal disatukan sebagai suami isteri pada penghujung Mac 2021

Hanya atas faktor kerja - PU Riz | Harian Metro

Sebelum majlis merisik diadakan di sebuah kediaman di Taman Tun Dr Ismail, di sini itu, seluruh anggota keluarga pasangan berkenaan terlebih dahulu menunaikan solat Asar yang diimamkan oleh PU Riz.

Sumber yang turut menghadiri majlis merisik itu memaklumkan, keluarga kedua-dua pihak juga menyerahkan kepada Neelofa dan PU Riz untuk menentukan perancangan perkahwinan mereka termasuk jumlah hantaran.

Hubungan akrab Neelofa atau nama sebenarnya Neelofa Mohd Noor, 31, dan PU Riz atau Muhammad Haris Mohd Ismail, 25, dihidu oleh media sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Bagaimanapun, Neelofa yang juga pengasas syarikat Naelofar Hijab dan Nilofa Group dan PU Riz tidak pernah mengiaya atau menafikan hubungan akrab mereka.

Kedua-dua mereka sering dilihat bekerjasama dalam pelbagai program keagamaan selain aktif dalam kerja-kerja kebajikan Pertubuhan Kasih Neelofa yang diasaskan selebriti wanita yang mempunyai lapan juta pengikut di akaun Instagram.

PU Riz merupakan salah seorang peserta program Pencetus Ummah pada 2016 dan merupakan seorang pendakwah bebas serta pelakon.

Astro AWANI sedang berusaha menghubungi pengurusan Neelofa dan PU Riz bagi mendapatkan maklum balas mereka.

Berikut sedikit info mengenai Pu Rizz, bakal Suami kepada selebriti paling berpengaruh di Malaysia, Neelofa.

Biodata PU Riz

PU Riz 'Anak Emak' ke?

1. Nama penuhnya, Muhammad Haris bin Mohd Ismail.

2. Dikenali sebagai PU (Pencetus Ummah) Rizz dan Riz Ismail.

3. Kelahiran negeri Selangor.

4. Berusia 24 tahun (lahir pada tahun 1995).

5. Anak kedua daripada tiga orang adik-beradik.

6. Pemegang Diploma Pengajian Islam dalam bidang undang-undang.

7. Merupakan pendakwah dan pelakon yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2016.

8. Mula popular selepas penyertaannya dalam program realiti Pencetus Ummah musim keempat pada 2016.

9. Juga pernah bersaing dalam Akademi Sahur Asia (AKSI Asia) 2017 yang turut melibatkan peserta dari Singapura, Indonesia dan Brunei.

10. Antara drama dibintanginya seperti Selafaz Cinta, Air Mata Di Bumi Matador, Lelaki Kiriman Tuhan, Dosanya Perempuan, Kelip Kelip Kota London, Geng Tadarus, Anugerah Cinta Aisyah dan banyak lagi.

11. Pembabitannya di layar perak menerusi filem Ada Apa Dengan Dosa pada 2019.

Fakta Menarik

Pernah Bersekolah Pondok Sampai Umur 20 Tahun, Jom Semak Fakta Menarik PU Riz Yang Ramai Tak Tahu | Artikel | Gempak

Pelajar jurusan Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA).

Pernah menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir, meskipun hanya bertahan selama setahun kerana terpaksa pulang ke Malaysia selepas p3rang yang berlaku di sana.

Sering diundang Neelofa sebagai pendakwah dalam majlis ilmu anjuran pengacara dan usahawan terkenal itu.

Gemar bermain futsal.

Instagram miliknya yang menggunakan nama @pu_rizz sehingga kini mengumpul lebih 90 ribu pengikut.

Sebelum ini Neelofa pernah berkata, dia tidak akan menyembunyikan siapa pilihan hatinya, sekali gus pastinya berkongsi hari bahagia sekiranya sudah tiba jodoh.

 

Sumber: HOTFM, Iluminasi, Astro Awani

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*