“Anugerah Sejati Bukan Beli”- Dira Abu Zahar Terima Pangkat Datuk, Abang Luah Rasa Bangga

Foto: Sinarplus

Pelakon, Dira Abu Zahar difahamkan telah dikurniakan anugerah Darjah Mulia Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk sempena sambutan ulang tahun kelahiran ke-71 Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tan Sri Mohd Ali Mohd Rustam.

Perkara tersebut dikongsikan oleh abang kepada Dira menerusi ruangan Instagram stories miliknya.

“Congrats to my dearly little sister for the title. The first adik beradik aku dapat title Datuk.

“Kau memang padulah @diraabuzahar. Dan paling penting anugerah sejati bukan Datuk beli, yeah,” tulisnya.

Menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik di ruangan yang sama, Dira dilihat anggun mengenakan sepersalinan baju kurung berwarna biru muda hasil sentuhan indah pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat.

Dalam pada itu, rata-rata peminat dan sahabat terdekat meluahkan rasa bangga selain turut menitipkan ucapan tahniah diatas penganugerahan yang diterima oleh Dira itu.

.

.

Selain bergelar pelakon, Dira juga merupakan antara individu yang aktif di dalam dunia politik dan juga aktiviti-aktiviti kemanusiaan.

Terima anugerah DPSM, Dira Abu Zahar kini bergelar Datuk

Terdahulu, pelakon dan pengacara yang kini bergiat aktif dalam dunia politik, Dira Abu Zahar dianugerahkan Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk.

Dira atau nama sebenarnya Khaidiriah Abu Zahar, 36, merupakan antara 298 individu yang menerima darjah bintang dan pingat kebesaran pada sesi akhir Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka.

Acara tersebut bersempena sambutan ulang tahun ke-71, Yang Di Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam yang berlangsung di Balai Istiadat Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka pada Ahad.

Dira yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO mula aktif dalam politik selepas memperlahankan aktivitinya dalam bidang seni sekitar 2015.

Berhasrat menyambung legasi yang ditinggalkan Allahyarham bapanya yang juga merupakan bekas Ketua Menteri Melaka Kelapan, Datuk Seri Abu Zahar Haji Ithnin, Dira tekad untuk menabur bakti pada masyarakat dan berbakti pada negara.

Dalam pada itu, laman Instagram Dira turut dibanjiri dengan ucapan tahniah dan doa yang dititipkan rakan-rakan dan para peminat yang tumpang berbangga dengan pencapaian yang diperolehinya.

 

Sumber: Instagram Dira Abu Zahar, MH, Sinarplus

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*