Konsert GV Semlm ‘Gemp4r’ Dgn Kehadiran Bekas Isteri Pertama Tok Ram. Ramai Tak Kenal, Bukan Calang2

Semalam telah berlangsung minggu keempat program disukai ramai iaitu rancangan nyanyian Gegar Vaganza. Sekarang ni dah masuk musim ke tujuh dah. Juri tetapnya masih sama iaitu the one and only, maestro muzik Dato Ramli MS.

Untuk season baru ini, juri tetap seorang lagi ialah Dato Khadijah Ibrahim dan akan ada seorang juri jemputan pada setiap minggu.

Pada minggu ini, juri jemputan istimewa sedikit iaitu Jennifer Thompson atau lebih mesra di sapa dengan nama Kak Jenn.

Jennifer Thompson merupakan orang kuat di belakang tabir, seorang yang dah lama dalam bidang industry seni ini.

Why Malaysia, are you still not ready for international music festivals? | Astro Awani

Bukan calang-calang orangnya, Kak Jenn ini merupakan producer untuk rancangan Anugerah Bintang Popular selama 9 tahun dan Anugerah Indutsri Muzik Malaysia selama 15 tahun. Jennifer Thompson juga bekas general manager untuk Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia. Hebat betul.

Dan ramai juga tak tahu, satu lagi trivia yang rare, iaitu Jennifer Thompson ini merupakan bekas isteri pertama Datuk Ramli MS.

Kalau dah ada bekas isteri satu pentas, sudah tentu Nabil dan Jihan akan ada membahan untuk bergurau senda.

Selagi produksi panggil, maknanya mereka mahukan saya” - Jihan Muse tak terfikir untuk berhenti mengacara GV6 - Hiburan | mStar

Menerusi satu segmen semalam ketika live, ada komen dari Datuk Ramli MS meminta Datuk Kathy, Nabil dan Jihan agar jangan nak jadi batu api, membahan dirinya dan juga bekas isteri, Kak Jenn.

Ketika memberi komen persembahan Oja, Datuk Kathy ada berkata: Dua-dua kiri kanan ni macam ada bawa diri saje (merujuk kepada Tokram dan Kak Jenn). Orang tengah-tengah ni ha.

“Entah, ada benda ke tadi jadi, masam je kiri kanan tu“. Tambah Jihan Muse pula.

Ini komen balas Tok Ram: “Korang jangan jadi batu api, satu dua tiga ni (merujuk Dato Kathy, Nabil dan Jihan)”

Nabil pula mencelah: “Kan tema seram kan Tok, saya takut yang kat rumah tu paling menyeramkan (datin Alyah)“.

Itulah gurau senda yang berlaku secara spontan semalam ketika live. Apapun, Datuk Ramli MS dan Jennifer Thompson memang profesional dan juga sporting malam tadi.

Perkahwinan antara Tok Ram dan juga Jennifer Thompson dilangsungkan pada tahun 1988 dan mereka mempunyai dua orang anak bernama Najee dan juga Nadiah, masing-masing pun kini dah dewasa.

Cantik Anak Datuk Ramli MS, Kini Telah Bertunang Dengan Jurugambar. Tahniah! – Petua dan Resepi Bonda

Hubungan Tok Ram dengan anak-anak, Najee dan Nadiah memang amat rapat, namun memang jarang ditampilkan di laman media sosial. Malah Tok Ram pernah berkata dia akan sentiasa berada di sisi anak-anaknya terutama jika ada occasion istimewa seperti sambutan hari lahir, sambutan hari bapa dan perayaan lain.

Jom Terj4h Pula Keputusan Markah Peserta Konsert Gegar Vaganza 7 (2020) Minggu 4

gegar vaganza 2020 342

Minggu keempat program realiti, Gegar Vaganza 7 (GV7) menyaksikan penyingkiran dua penyanyi berkumpulan iaitu Indigo dan Eva dalam konsert yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam tadi.

Indigo tampil menerusi persembahan lagu Hidup Dalam Mati dendangan asal Syamel, manakala Eva mendendangkan Kini nyanyian asal Feminin.

Masing-masing hanya mampu berpuas hati dengan markah 55.20% dan 55.00% daripada juri tetap, Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim (Khadijah Ibrahim) bersama Jennifer Thompson selaku juri undangan.

Sementara itu, Muss yang mempersembahkan Dan Sebenarnya dipopularkan Yuna Zarai mengungguli persaingan dengan markah 74.60%.

Selebihnya, 10 lagi peserta yang tak kurang hebat ialah Yantzen, Linda Nanuwil, Nomad, Cliff Umar, Oja, Noraniza Idris, Ashira Aziz, Ayu Damit, Aju (Success) dan Rozita Izlyn.

Berikut merupakan senarai markah penuh serta kedudukan kesemua peserta yang terlibat:-

Carta Kedudukan Dan Markah Peserta Konsert Gegar Vaganza 7 (2020) Minggu Keempat

1. Muss (Dan Sebenarnya) – 74.60%

2. Linda Nanuwil (Kemarin) – 74.40%

3. Noraniza Idris (Saat Ku Idamkan) – 72.00%

4. Yantzen (Malam Ini Kita Punya) – 68.60%

5. Ayu Damit (Jahat) – 68.00%

6. Cliff Umar (Dialah Di Hati) – 63.00%

7. Oja (Kebahagiaan Dalam Perpisahan) – 62.60%

8. Aju Success (Pusara Di Lebuhraya) – 60.60%

9. Rozita Izlyn (Ku Seru) – 59.60%

10. Ashira (Cinta Beralih Arah) – 56.40%

11. Nomad (Rahasia Perempuan) – 56.20%

12. Kumpulan Indigo (Hidup Dalam Mati) – 55.20%

13. Kumpulan Eva (Kini) – 55.00%

 

Anugerah Next Level Digi (undian tertinggi) – Rozita Izlyn

Anugerah CUCKOO Healthy Home (hashtag Twitter terbanyak) – Aju Success

Segmen Kongsi Rezeki – Penyanyi era 70-an dan bekas penyampai radio, A. Razak Ismail (menerima RM10,000)

 

GV7 kelolaan pengacara Nabil Ahmad dan Jihan Muse, bersiaran secara langsung di saluran Astro Ria pada setiap Ahad, jam 9 malam.

 

Sumber: Newstel, Iluminasi, Astro Gempak

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*