Belanjawan 2021: RM81 juta untuk hidupkan balik JASA?

KUALA LUMPUR: Peruntukan lebih RM81 juta untuk ‘menghidupkan’ semula Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) menerusi Belanjawan 2021, disifatkan tidak berasas dan bercanggah beberapa keutamaan lain, yang sepatutnya diberikan perhatian.

Pengerusi Penaja Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda Malaysia), Syed Saddiq Abdul Rahman, ketika menyuarakan pendirian itu, berkata pentadbiran kerajaan yang diterajui Barisan Nasional (BN) dulu hanya memperuntukkan dana lebih rendah, iaitu RM30 juta.

Former Jasa DG Mohd Amin dies at 71

“JASA dihidupkan semula. Peruntukkan Cybertroopers kerajaan kini (JASA) RM81 juta!.

“Malangnya, peruntukkan baik pulih sekolah daif dikurangkan RM58 juta. Peruntukkan kesihatan ment4l hanya RM24juta,” katanya menerusi kenyataan di Twitter, hari ini.

Dokumen Belanjawan 2021 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan diagihkan kepada setiap Ahli Parlimen, menyatakan sejumlah RM81.5492 juta diperuntukkan mengikut butiran 050100, bagi program perluasan JASA.

Peruntukan yang terkandung dalam kep4la bekalan 47, Kementerian Komunikasi dan Multimedia itu, sekali gus mengundang persoalan pelbagai pihak, khususnya dalam kalangan pembangkang, memandangkan p4ndemik C0VID-19 memerlukan pengagihan peruntukan secara saksama, mengikut situasi semasa.

 

Sumber: BHOnline, Twitter Syed Saddiq

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*