‘Bunga Raya’ juara pertama The Masked Singer Malaysia. Siapa tu?

Foto: Astro Gempak

PETALING JAYA – Teka-teki pemilik vokal di sebalik topeng terjawab sepenuhnya apabila penyanyi Aina Abdul yang memakai kostum Bunga Raya diumumkan sebagai juara The Masked Singer Malaysia musim pertama.

Juara TMSM musim pertama menjadi milik Aina Abdul.

Pada konsert akhir program tersebut, Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani, 27, mendapat markah tertinggi daripada pihak juri iaitu sebanyak 96 peratus menerusi persembahan dua buah lagu berjudul Malam Ini Kita Punya dendangan asal Bunkface dan Listen (Celine Dion).

Tempat kedua TMSM musim pertama menjadi milik Vanessa.

Kemenangan tersebut sekali gus meletakkan bekas peserta Ceria Megastar musim ketiga, Vanessa Ben Reynauld sebagai Rajah Brooke di tempat kedua.

Sementara itu, ahli kumpulan K-Clique, Tuju yang memakai kostum Orang Utan diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga.

TUJU K-Clique turut membuat kejutan muncul sebagai peserta TMSM musim pertama.

Tempat keempat pula menjadi milik Datin Alyah yang memakai kostum Wau dan kedudukan kelima dimiliki pemakai topeng Enggang, bekas juara Akademi Fantasia pertama, Vincent Chong.

Kesemua persembahan peserta diadili lapan orang juri terdiri daripada barisan selebriti tanah air iaitu Datuk Aznil Haji Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Nabila Huda, Ramona Zam Zam, dan Angah Raja Lawak.

Malam final turut menyaksikan kemunculan penyanyi juga komposer Mark Adam hadir mengisi kerusi Zizan Razak sebagai juri.

Barisan juri yang mengadili para peserta TMSM selama lapan minggu.

Terdahulu, rancangan yang dihoskan oleh Datuk AC Mizal itu turut menyaksikan penyingkiran seramai tujuh peserta sepanjang lapan minggu bersiaran.

Tujuh selebriti tersebut ialah Hairul Azreen (Ayam Jantan), Yana Samsuddin (ABC), Chiwan Cilok (Rhino), Datuk Mirnawan Nawawi (Nasi Lemak), Zain Hamid (Musang King), Ebby Saiful (Rimau) dan Datin Paduka Eina Azman (Rafflesia).

TMSM menggunakan format asal program realiti popular dari Korea Selatan, The King of Mask Singer yang juga diadaptasi di negara-negara lain seperti Indonesia, Thailand, China dan Amerika Syarikat.

Senarai markah pemenang:

  1. 96 peratus – Aina (Bunga Raya)
  2. 95 peratus – Vanessa (Rajah Brooke )
  3.  94 peratus – Tuju (Orang Utan)
  4. 88 peratus – Alyah (Wau)
  5.  87 peratus -Vince (Enggang)

Senarai pserta The Masked Singer Malaysia musim pertama yang telah disingk1rkan.

RafflesiaEina Azman, seorang pelakon jelita.

RenoChiwan Chilok, pelawak yang beberapa kali masuk Maharaja Lawak Mega.

Ayam JantanHairul Azreen, pelakon filem aksi.

Musang KingZain Hamid, ahli kumpulan Ruffedge, yang juga seorang pelakon.

10 ABCYana Samsudin, pelakon filem Adnan Sempit dan juga seorang pengarah dan streamer game.

11 RimauEbby Saiful, pelakon seangkatan dengan Azmil Mustapha. Popular dengan filem Ali Setan.

12 Nasi LemakMirnawan Nawawi, penyanyi hoki berstatus lagenda.

Sebanyak sembilan orang juri cuba untuk meneka para peserta sejak minggu pertama. Mereka ialah Michael Ang, Aznil Haji Nawawi, Ella, Zizan, Angah, Nabila Huda, Ramona Zamzam, Remy Ishak, dan Raja Azura. Namun dipentas akhir, Zizan tak dapat hadir dan diganti oleh Mark Adam.

Siapa Bakal Juara The Masked Singer Malaysia? Ini Ramalan Penonton Setia

Siapa Bakal Juara The Masked Singer Malaysia? Ini Ramalan Penonton Setia

Terdahulu, lima peserta yang bakal berentap di pentas akhir nanti ialah Orang Utan, Rajah Brooke, Wau, Enggang dan Bunga Raya.

Rata-rata netizen mula meneka calon juara pilihan mereka.



Sumber: K! ONLINE, Gempak

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "‘Bunga Raya’ juara pertama The Masked Singer Malaysia. Siapa tu?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*