(Video) Ayda Jebat Dan Nabil Mahir Umum Hari Bahagia, Bakal Disatukan Awal Januari

Sebelum ini pasangan sensasi Ayda Jebat dan Nabil Mahir mencuri perhatian ramai apabila melangsungkan majlis pertunangan secara online pada 28 April lalu disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di seluruh Malaysia.


Akhirnya teka teki telah pun terjawab, pasangan dua sejoli itu sudah  mengumumkan tarikh pernik4han mereka iaitu pada hari Jumaat, 1 Januari 2021 sekaligus hari pertama menyambut tahun baru.

Di dalam video yang dimuat naik di laman YouTube Wuvv Show itu, mereka turut mendedahkan detik-detik pertemuan mereka di awal perkenalan!

Menurut sumber, pasangan ini dikatakan bakal bernik4h di sebuah hotel terkemuka di ibu kota dan hanya dihadiri oleh keluarga dan teman rapat.

Selain itu, majlis belah lelaki juga dikatakan bakal diadakan di sebuah hotel terkemuka di Langkawi dengan bertemakan beach party.

Wow bukan beshe-beshe!

Ayda Jebat & tunang dijangka umum tarikh nik4h malam ini

Terdahulu, kec0h di media sosial teka teki pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat dijangka akan mengumumkan tarikh bagi melangsungkan pernik4han dengan tunangnya Nabil Mahir jam 9 malam ini.

Menerusi laman Instagram miliknya, difahamkan pengumuman tersebut akan dibuat melalui saluran Youtube milik mereka Wuvvshow #BilAydaJatuhCinta episod pertama.

Korang teka bila?

“Insyaallah esok (hari ini) kita announce our special day bila. 1st episode #BilAydaJatuhCinta on Youtube Wuvvshow 9pm. Korang teka bila?,” tulisnya.

Menurut Nabil, #BilAydaJatuhCinta akan ditayangkan sebanyak 10 episod istimewa yang memaparkan perjalanan kisah mereka menuju ke hari perkahwinan.

Tarikh pernik4han kami ialah…

Posting itu dipenuhi pelbagai komen para peminat dimana rata-rata cuba meneka tarikh yang mereka bakal disatukan sebagai suami isteri selain tidak sabar menantikan hari bahagia tersebut.

Tahniah!

Bulan ni ke?

Moga dipermudahkan urusan

Terdahulu, Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat mengikat tali pertunangan dengan pengacara itu secara atas talian ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada April lalu.

Sumber: Ayda Jebat , Nabil Mahir, HOTFM, OMM

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*