Warna baju Melayu & jam G-Shock kurang RM500 Tengku Zafrul jadi perhatian netizen

Semalam, pihak kerajaan telah membentangkan intipati Belanjawan 2021 yang disampaikan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Bagaimanapun, selain daripada intipati 2021 yang diambil kira, penampilan Tengku Datuk Zafrul juga menjadi perhatian dalam kalangan warganet.

Gaya muda & fresh

Jika kebiasaannya menteri terdahulu membawa beg bimbit hitam, tetapi Tengku Zafrul memecah tradisi dengan membawa beg kelabu ke parlimen.

Bukan itu sahaja, busana baju Melayu rona ‘dusty blue’ dan sampin yang digayakan daripada tenunan Pahang Diraja yang dihasilkan penghuni Penjara Penor, Pahang turut mendapat pujian warganet.

Jam G-Shock tarik perhatian

Malah, ada juga dalam kalangan warganet membincangkan mengenai jam tangan model G-Shock yang digayakan Tengku Zafrul, dianggarkan berharga sekitar RM300 hingga RM500.

Segak la warna baju Melayu

Rata-rata warganet suka dengan penampilan muda dan segar daripada Tengku Zafrul, membuatkan figura tersebut kelihatan lebih bergaya dengan imej yang tersendiri.

@sofeasf: Cantiknya kemas dan segak Menteri Kewangan kita dengan berbaju melayu lengkap. Syabas doa rakyat Malaysia yang baik kepada tuan amin.

“@awakening_my: Stay cool dengan baju melayu,” antara komen-komen ditulis.

Ketika membentangkan Belanjawan 2021, Tengku Zafrul memaklumkan sampin yang digayakan itu daripada tenunan Pahang Diraja yang dihasilkan penghuni Penj4ra Penor, Pahang.

Semalam, buat pertama kalinya Tengku Zafrul membentangkan belanjawan tahunan negara di Dewan Rakyat.

 

Sumber : Gempak (Zulaikha Yusof), OMM

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Warna baju Melayu & jam G-Shock kurang RM500 Tengku Zafrul jadi perhatian netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*