(Video) ‘Tak Boleh, Aku Lagi Senior Dari Dia’ – Program Belum Mula, Azwan Ali Dah Buat Perangai?

Program cinta terkenal, Lagu Cinta Kita bakal kembali bersiaran pada malam ini untuk musim ke-2. Ramai yang tidak sabar untuk melihat pasangan-pasangan yang ada dan apa yang bakal berlaku.

Tetapi, apa yang lebih menjadi perhatian orang ramai, apabila muncul satu video yang melibatkan pengacara program tersebut, Elly Mazlein dan Azwan Ali ‘bertekak’ ketika sesi pembacaan skrip.

Jadi tanda tanya

Seperti semua sedia maklum pengacara terkenal, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA merupakan seorang yang lantang bersuara. Apa sahaja yang tidak kena dengan beliau, pasti dihamunnya.

Melalui video berdurasi 0.29 yang di muat naik oleh Takieshiro melalui laman Twitternya, menunjukkan Diva AA meninggikan suaranya kepada penulis skrip ketika sesi pembacaan skrip apabila skrip pasangan hosnya lebih panjang daripadanya.

Video yang dirakam secara sembunyi ini juga menunjukkan Diva AA seperti tidak berpuas hati dengan perkara tersebut dan menyatakan dia merupakan ‘senior’ kepada Elly Mazlein.

Ini menimbulkan tanda tanya netizen dan ada yang mempersoalkan tindakan itu sebagai hanya lakonan ataupun betul. Pasti semua mahu mengetahui apa yang bakal berlaku dengan kedua pengacara itu di atas pentas utama LCK2 pada malam ini.

Adakah ‘comeback’ Azwan Ali ini akan mencetuskan drama diprogram tersebut? Apa yang akan berlaku pada Elly Mazlein? Segalanya bakal terjawab pada siaran langsung Lagu Cinta Kita 2 malam ini, jam 9 malam di TV3!

Dulu hari-hari orang k3cam, sekarang tidak lagi’ – Azwan Ali

AZWAN Ali. FOTO arkib NSTP

DALAM pada itu, Azwan Ali lega apabila kec4man terhadapnya sekarang semakin berkurangan berbanding dulu. Azwan atau nama sebenarnya Mohamed Azwan Ali, 54, berkata, situasi ini berlaku selepas dia membayar denda berjumlah RM17,000 ketika minggu pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu akibat menyel4r dan mengutuk sebuah hospital.

“Gara-gara seorang artis, saya diperintahkan mahkamah supaya membayar denda. Jika tidak saya akan dipenj4ra. Sejak itu peratus kec4man semakin berkurangan,” katanya.

Menurutnya, dia juga menjalani kehidupan yang tenang kerana apabila bangun pagi, tiada lagi mak1an daripada warganet.

“Dulu sebaik bangun pagi, saya lihat 50 orang m4ki hamun di laman sosial. Takkan saya nak diam dan m4kilah semula. Namun, sekarang sudah berkurangan dengan kuasa Allah. Sekarang nak ada tiga orang yang m4ki pun susah. Sebelum ini ada yang kata saya tak ada ‘job’, padan muka! Mereka boleh hina saya macam-macam, tapi dengan kuasa Allah lihatlah sekarang rezeki saya,” katanya yang kini aktif menjalankan perniagaan Minyak Angin Diva AA.

Azwan juga mengakui amat berhati-hati apabila menyentuh berkenaan kec4mannya terhadap seseorang individu terutama membabitkan rupa fizikal.

“Saya tak pernah nak sentuh soal ‘body sh4ming’ kecuali individu itu kerana dia yang pijak saya dulu. Tapi melihatkan perkembangan terbaru, ‘body shaming’ adalah satu jen4yah membuatkan saya jadi semakin berhati-hati. Satu iktibar kepada kita semua. Pada saya, kes itu tanda Allah nak tunjukkan kepada kita semua supaya berhati-hati,” katanya yang menganggap isu ini sudah basi dan cerita lama yang dimainkan oleh sekelompok ‘haters’.

Mengambil kira situasi sekeliling serta statusnya yang kini terbabit secara langsung dalam perniagaan, Azwan kini menukar panggilan Melayu Mulia Syurga kepada pengikutnya.

“Ya, saya lebih suka bercakap mengenai perniagaan. Terdapat jutaan Melayu Mulia Syurga yang sokong perniagaan saya. Kalau tengok Instagram saya pun sudah tiada isu politik sebab saya memang jaga Instagram untuk produk saya saja. Namun, itu tidak akan menjejaskan reputasi saya untuk kekal sebagai Diva AA untuk sembur sesiapa saja bagi membetulkan keadaan,” katanya

Sumber: HMetro, Ohbulan

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*