“Duduk bwh asyik kena pij4k..”- Wani Comel Jumpa David Teo Cuba Nasib Jadi Pelakon

Foto: Gempak

Selepas terpalit dengan kontroversi mengaitkan dirinya dengan usahawan kosmetik berkaitan perjanjian duta produk kurus, wanita yang mengalami masalah berat badan, Wani Comel kini mencuba nasib untuk menjadi seorang pelakon pula.

Wani atau nama sebenarnya, Nurul Airawani Nazira Ibrahim, 23, dilihat menghadiri satu sesi uji bakat lakonan di sebuah syarikat produksi, Metrowealth.

“Kita ni daripada duduk bawah asyik kena p1jak, kita kene upgrade. Kita datang sini untuk casting. Tak apalah, mana tahu ada rezeki.

“Daripada orang p1jak-p1jak kita buat kita macam tak ada harga diri, baik kita datang sini, baru orang hargai kita,” katanya menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Bahkan, sesi uji bakat itu juga turut disertai bekas pembantu peribadi Datuk Seri Aliff Syukri yang dikenali sebagai Kak Mel yang sebelum ini pernah mencuri tumpuan umum selepas mend4kwa dirinya dibvang kerja.

David Teo beri reaksi

Sementara itu, dalam satu hantaran berasingan, pemilik produksi tersebut, David Teo turut mengalu-alukan kedatangan Wani.

“Semoga kita dapat bekerjasama untuk berikan watak-watak yang istimewa untuk awak. Kita akan cari watak komedi untuk Wani,” katanya.

Pada masa sama, Wani turut menjelaskan dia tidak kisah dengan watak yang akan diberikan kepadanya.

“Ikutlah (watak) apapun, janji jangan jadi penc4cai sudah,” katanya.

Sebelum ini, Wani pernah menjadi perhatian ramai selepas bersuara berhubung isu tuntutan pembayaran yang dibuat ke atas Aliff Syukri selepas mend4kwa dirinya dianiaya.

 

Sumber: Gempak

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Duduk bwh asyik kena pij4k..”- Wani Comel Jumpa David Teo Cuba Nasib Jadi Pelakon"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*