Kenapa vaksin Pfizer diguna di bandar, AstraZeneca untuk luar bandar? Ini jwapan KJ

SEBAGAI langkah untuk menghentikan penularan w4bak C0vid-19, kerajaan gigih berusaha bagi mendapatkan vaksin terbaik untuk diguna pakai oleh rakyat.

Bagi memastikan dos yang mencukupi untuk proses vaksinasi rakyat Malaysia yang dirangka sebelum penghujung 2021, kerajaan juga berusaha mendapatkan bekalan vaksin dari pelbagai pihak.

Namun, persoalan yang kini bermain dalam fikiran orang ramai adalah mengenai vaksin manakah yang akan kita terima?

Pfizer will bear the logistics cost for the Covid-19 vaccine, KJ tells Parliament | The Star

Persoalan itu akhirnya terjawab menerusi kenyataan yang diberikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin baru-baru ini.

Menurut kenyataan tersebut, penduduk di dalam bandar akan menerima vaksin Pfizer-BioNTech manakala penduduk luar bandar pula menerima vaksin AstraZeneca-Oxford.

Perkara itu adalah disebabkan keperluan sistem penyejukan khas untuk vaksin Pfizer-BioNTech yang mana ia perlu disimpan pada suhu -70 darjah Celcius manakala ada juga vaksin yang dihasilkan boleh disimpan pada suhu yang tidak terlalu sejuk.

Oleh demikian, vaksin yang dikeluarkan syarikat farmasuetikal seperti AstraZeneca berkemungkinan boleh dibekalkan kepada penduduk yang tinggal di kawasan luar bandar dan mampu disimpan di peti sejuk biasa.

Semakin hampir mohon kelulusan vaksin COVID-19 - Pfizer

Sebanyak 55 pusat simpanan vaksin ini telah dikenalpasti kerajaan dengan RM16.6 juta akan dibelanjakan kerana kos sistem penyejuk mencecah RM 80,000 sebuah.

Vaksin AstraZaneca pula hanya memerlukan storan pada suhu sekitar 8 darjah Celsius dan lebih mudah disimpan di luar bandar.

Vaksin akan mula diterima pada bulan Februari hadapan dengan proses vaksinasi dimulakan pada suku pertama 2021.

Vaksin AstraZeneca bakal diterima pertengahan pertama 2021 | Astro Awani

Secara keseluruhan lebih RM3 bilion telah diperuntukkan kerajaan untuk memastikan sekurang-kurangnya 82.5 peratus rakyat Malaysia menerima vaksin secara percuma.

Malaysia memperoleh 1.28 juta dos vaksin berasaskan BNT162 mRNA dari Pfizer untuk keperluan 6.4 juta orang bermula pada Februari ini.

Khairy turut menambah, Pfizer sebelum ini memaklumkan memerlukan tempoh enam minggu untuk membuat sedikit perubahan bagi memastikan vaksin yang dibangunkannya mempunyai kadar keberkesanan yang tinggi terhadap varian baharu itu.

Malaysia dijangka terima vaksin COVID-19 awal tahun depan – PM

Arab Saudi luluskan penggunaan vaksin Pfizer-BioNTech

PUTRAJAYA: Kerajaan telah menandatangani perjanjian pembelian awal vaksin dengan syarikat farmaseutikal, Pfizer bagi membolehkan negara mendapatkan 12.8 juta dos bekalan vaksin COVID-19.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jumlah vaksin tersebut akan dapat memenuhi keperluan imunisasi untuk 20 peratus atau 6.4 juta rakyat Malaysia.

Menurutnya, melalui perjanjian itu, Pfizer juga telah menjanjikan penghantaran sebanyak 1 juta dos vaksin pada suku pertama tahun 2021.

“Ini disusuli dengan 1.7 juta dos pada suku tahun kedua, 5.8 juta dos pada suku tahun ketiga dan seterusnya 4.3 juta dos pada suku tahun keempat.

“Pihak syarikat bagaimanapun masih perlu mendapatkan kelulusan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) dan kelulusan regulatori dari negara pengeluar.

“Mereka juga perlu mendapat kelulusan dari Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum vaksin ini boleh digunakan di Malaysia,” katanya pada sidang media secara sidang maya di sini pada Jumaat.

Turut menyertai sidang media itu ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Tambah beliau, proses pemberian vaksin akan dilakukan secara berperingkat dengan mengutamakan kumpulan berisiko tinggi yang mudah mendapat jangkitan sebelum diperluaskan kepada kumpulan sasar yang lain.

“Terdahulu pada 22 November 2020, Malaysia melalui Menteri Kesihatan juga telah menandatangani perjanjian dengan fasiliti COVAX untuk mendapatkan vaksin COVID-19 bagi menampung keperluan imunisasi 10 peratus rakyat Malaysia.

“Sehubungan itu, kedua-dua perjanjian ini dijangka dapat menjamin akses vaksin COVID-19 untuk 30 peratus rakyat Malaysia,” ujarnya.

Tegasnya, kerajaan memberi jaminan vaksin yang akan digunakan di Malaysia mesti melepasi syarat ketat ditetapkan NPRA.

Tambahnya lagi, KKM dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) juga giat meneruskan rundingan dengan syarikat pengeluar vaksin di seluruh dunia untuk mendapatkan akses kepada vaksin COVID-19 yang secukupnya untuk rakyat Malaysia.

Sumber: Sinarplus, Awani

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*