Hishammuddin atau Ismail Sabri sebagai Timbalan Perdana Menteri?

KUALA LUMPUR: Menurut laporan Awani, Ahli Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bakal dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri sebagai usaha mengukuhkan kerajaan Perikatan Nasional, serta mengelakkan lebih banyak ancaman dari parti UMNO, menurut laporan The Malaysian Insight hari ini.

Memetik sumber, portal itu berkata, ia difahamkan tindakan tersebut bagaimanapun hanya mengakibatkan kemarahan pimpinan UMNO, bukan melegakan hati mereka.

Menurut laporan itu lagi, kemarahan itu berkemungkinan besar memandangkan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu sudah pun membuat ketetapan untuk mengkaji semula hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Selain itu, hubungan antara dua parti tersebut semakin renggang selepas Ahli Parlimen Machang Datuk Ahmad Jazlan Yaakub menjadi ahli Parlimen kedua UMNO menarik balik sokongan secara rasmi dari Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Hisham akan menjadi Timbalan Perdana Menteri secepat mungkin,” kata sumber itu kepada The Malaysian Insight lagi.

Seorang sumber lain bagaimanapun memaklumkan kepada portal itu bahawa, cadangan itu sudah dibuat, namun masih belum dimaklumkan kepada komponen Perikatan Nasional yang lain.

Menurut portal itu lagi, sekiranya Hishammuddin dilantik sebagai orang nombor dua dalam Kerajaan Persekutuan, ia mungkin akan menimbulkan rasa tidak puas hati pemimpin kanan yang lain, seperti Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga Naib Pengerusi Perikatan Nasional, dan Menteri Kanan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Selain itu, beberapa pemerhati menganggap tindakan itu mungkin bakal memakan diri memandangkan Hishammuddin, yang juga Menteri Luar, dilihat tidak berapa selari dengan pendirian dan aspirasi pimpinan kanan UMNO seperti Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Pengerusi Kelab Ahli Parlimen Backbenchers Barisan Nasional (BNBBC) Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan akan memilih sama ada Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atau Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Bagi mencapai kata sepakat, Ismail Sabri dan Hishammuddin dibenarkan mengadakan perbincangan terlebih dahulu sebelum menyerahkan kepada Muhyiddin membuat keputusan muktamad.

Sumber daripada UMNO ketika memberitahu Sin Chew Daily berkata, calon Timbalan Perdana Menteri berkenaan perlu mempunyai kewibawaan untuk menyelesaikan persengketaan yang wujud dalam UMNO agar dapat menjamin kestabilan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ismail Sabri atau Hishammuddin jadi TPM?

Namun menurut Sinar Harian pula, lain pula situasinya. Muhyiddin tetap berpendirian untuk memberikan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada UMNO, tetapi Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sendiri dikatakan ingin mengisi jawatan tersebut.

“Namun disebabkan Ahmad Zahid masih terbab1t dengan kes mahkamah, Perdana Menteri berhasrat agar UMNO dapat memilih calon lain yang lebih sesuai dan berkelayakan,” kata sumber itu lagi.

Dalam UMNO, Ismail Sabri yang juga Menteri Kanan (Pertahanan) memegang jawatan penting iaitu sebagai Naib Presiden dan itu memberikan kelebihan kepada beliau.

“Selain itu, Ismail Sabri berada dalam kem Ahmad Zahid dan Datuk Seri Najib Tun Razak. Jika Ismail Sabri dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri biarpun ‘melangkaui’ kedudukan Ahmad Zahid, kemungkinan sentimen rasa tidak puas hati dalam kalangan parti dapat dikurangkan,” jelas sumber itu lagi.

Bagaimanapun, kata sumber itu, sekiranya mempunyai pilihan, Muhyiddin dipercayai lebih cenderung memilih Hishammuddin sebagai timbalannya.

“Sejak kebelakangan ini, Hishammuddin telah menunjukkan beberapa t1ndakannya yang mampu memberikan kelebihan kepada beliau.

“Kenyataan beliau yang ingin meletakkan jawatan sebagai menteri sebelum Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO berlangsung dan menghadap Sultan Johor baru-baru ini meningkatkan lagi peluang untuk beliau mengisi jawatan Timbalan Perdana Menteri.

“Satu lagi kelebihan kepada Hishammuddin ialah hubungannya yang akrab dengan kerabat diraja Arab Saudi dan Negara China,” katanya.

Difahamkan, Ismail Sabri dan Hishammuddin masih mengadakan perbincangan dan masih g4gal mencapai kata persetujuan dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, sumber berkenaan turut menafikan berita yang ditular dalam media sosial kononnya kesihatan Muhyiddin semakin mer0sot dan akan menerima rawatan di Singapura.

“Berita kononnya Muhyiddin akan melantik Hishammuddin sebagai Timbalan Perdana Menteri semasa Muhyiddin di Singapura adalah tidak benar sama sekali.

 

Sumber: Awani, Sinar Harian

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*