TERKINI: Kes Baharu C0VID-19 Catat Rekod Tertinggi Dengan 3,309 Kes. Selangor, Johor, Sabah Antara Catat Kes Tertinggi

Putrajaya, 12 Jan – Sebanyak 3,309 kes baru C0VID-19 dicatatkan hari ini, sekaligus menjadi jumlah harian tertinggi dicatatkan setakat ini. Angka itu menjadikan jumlah kumulatif kes C0VID-19 di Malaysia sebanyak 141,533 kes, tulis Kementerian Kesihatan (KKM) sebentar tadi.

Menurut kemaskini KKM, kira-kira 78 peratus kes baharu datang dari negeri-negeri yang bakal dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bakal dilaksanakan Rabu ini.

Antara negeri tersebut adalah Selangor, 1,007 kes, Johor, 442 kes dan Sabah, 409 kes.

Sementara itu, sebanyak 1,469 kes sembuh telah direkodkan, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 78.1 peratus, bersamaan 110,584 kes.

Seramai 190 kes sedang dir4wat di unit r4watan rapi di mana 83 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan pertambahan sebanyak empat kem4tian akibat C0VID-19 dilaporkan hari ini. Takz1ah diucapkan kepada keluarga m4ngsa.

Pecahan kes mengikut negeri

Kes positif mengikut negeri

Kronologi D4rurat Di Malaysia

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini, memberi perkenan Pengisytiharan Proklamasi D4rurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos sebagai langkah proaktif membendung wabak COVID-19 di Malaysia.

Ia merupakan d4rurat yang kesembilan pernah diisytiharkan dalam sejarah negara.

Berikut adalah kronologi pengisytiharan d4rurat:

D4rurat Tanah Melayu (1948-1960)

D4rurat Tanah Melayu telah diisytiharkan British di Malaya (Semenanjung Malaysia) dari tahun 1948 hingga 1960 bagi menangani pemberontakan oleh Parti Komunis Malaya (PKM).

Konfrontasi Indonesia-Malaysia (1964)

Konfrontasi Indonesia-Malaysia merupakan konflik yang berlaku akibat penentangan Indonesia terhadap pembentukan Malaysia.

Perdana Menteri Malaysia pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mengisytiharkan d4rurat apabila tentera Indonesia menceroboh masuk ke sempadan Malaysia.

Sarawak (1966)

Kerajaan mengisytiharkan proklamasi D4rurat di Sarawak pada 14 Sept 1966 susulan krisis politik melibatkan Kerajaan Persekutuan dan Ketua Menteri Sarawak pertama Tan Sri Stephen Kalong Ningkan.

Rusuhan Kaum 13 Mei (1969)

Peristiwa 13 Mei merupakan insiden rusuhan kaum pada tahun 1969 susulan pilihan raya umum Malaysia pada tahun itu.

Parlimen telah digantung dan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan untuk mengembalikan keamanan dan kestabilan di dalam negara.

Kelantan (1977)

D4rurat telah diisytihar oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Yahya Petra yang juga Sultan Kelantan ketika itu pada 8 Nov 1977.

Pengisytiharan itu dibuat susulan krisis politik melibatkan Menteri Besar Kelantan Datuk Muhammad Nasir.

Jerebu (1997, 2005, 2013)

Selain d4rurat yang berpunca daripada isu politik dan konflik antara kaum, d4rurat jerebu juga pernah diisytihar pada 1997 (Sarawak), 2005 (Klang) dan 2013 (Muar dan Ledang).

D4rurat itu dilaksanakan susulan pencemaran udara yang berbahaya dan tidak sihat.

D4rurat Parlimen Batu Sapi (2020)

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengisytiharkan d4rurat di Parlimen Batu Sapi pada 18 Nov 2020.

Pengisytiharan itu sekali gus membatalkan pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi bagi mengekang dan menghalang berlakunya gelombang keempat penularan pandemik COVID-19.

D4rurat Parlimen Gerik dan DUN Bugaya (2020)

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengisytiharkan Proklamasi D4rurat di Parlimen Gerik, Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah pada 16 Dis 2020.

Ia sekali gus membatalkan dan menangguhkan pilihan raya kecil (PRK) dua kerusi berkenaan yang dijadualkan serentak pada 16 Jan 2021.

Pengisytiharan Proklamasi D4rurat (2021)

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini memberi perkenan Pengisytiharan Proklamasi D4rurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos sebagai langkah proaktif membendung wabak COVID-19 di Malaysia.

Al-Sultan Abdullah turut berkenan dengan cadangan kerajaan bagi pembentukan satu Jawatankuasa Bebas yang akan mengesyorkan kepada Seri Paduka Baginda sekiranya pelaksanaan d4rurat ini dapat ditamatkan lebih awal.

 

Sumber: KKM, Siakap Keli, BERNAMA

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*