
Memandangkan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) 2.0 sedang dijalankan ketika ini, ramai bakal pengantin terpaksa mempercepatkan tarikh pernikahan mereka ataupun menunda hari istimewa tersebut kerana ketika tempoh PKP sebarang majlis perkahwinan tidak dapat dijalankan.
Susulan daripada itu, hampir sebahagian besar Pejabat Agama di dalam negara membuka peluang untuk bakal pengantin bernikah tempoh hari di pejabat.
Hantar borang daftar perkahwinan tapi terus bernik4h
Susulan daripada itu, menerusi Harian Metro, satu pasangan pengantin anggota keselamatan telah hadir ke Pejabat Agama Daerah Kluang untuk menghantar borang daftar perkahwinan mereka yang dijadualkan pada 22 Januari 2021 telah dinasihatkan untuk terus bernik4h.
Perkara tersebut terjadi buat pasangan Amir Farhan Abu Hanipah, 28 dari Rejimen Ke-2 Artileri Diraja di Kem Mahkota dan pasangannya, Noor Asmiza Rosli, 25, yang juga anggota tentera yang bertugas di Markas Pemerintahan Pasukan Simpanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Sungai Lunchoo, Masai.
Menurut Amir Farhan, mereka hanya datang untuk menyerahkan borang daftar perkahwinan sebelum dinasihatkan untuk terus bernik4h sahaja.
“Kami datang sebenarnya untuk daftar perkahwinan, tetapi dinasihatkan terus nik4h kerana PKP.” Jelasnya
Hanya datang pakai seragam celoreng
Pihak pejabat agama telah menghubungi keluarga mereka dan masing-masing bersetuju untuk meneruskan pernik4han pada hari tersebut memandangkan dalam tempoh PKP sebarang majlis tidak akan dilakukan.
Jadi mereka yang berseragam tentera hanya memakai uniform kerja sahaja dan majlis turut disertai oleh 41 pasangan yang lain.
“Ketika datang ke pejabat agama membuat pendaftaran kami memakai seragam tentera.”
“Dalam masa sama, pihak pejabat agama menghubungi keluarga kami dan mereka setuju untuk kami bernik4h pada hari itu bersama-sama dengan 41 pasangan pengantin lain,” Katanya kepada sumber.
Namun begitu, anggota Rejimen Ke-2 Artileri Diraja di Kem Mahkota tetap bersyukur kerana dia dan pasangannya telah selamat bergelar suami isteri walaupun hanya memakai seragam celoreng ketika melangsungkan pernik4han.
Tambahnya lagi, momen ini pastinya akan terus dikenang kerana sangat bermakna dalam hidup mereka. Jika tiada aral melintang, majlis persandingan dicadangkan berlangsung selepas PKP ini tamat.
“Insha-Allah jika tidak ada aral majlis persandingan akan diadakan selepas PKP,” katanya.
Sumber: Harian Metro (Adnan Ibrahim), hairiazharphotography, OMM
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply