Pemuda Umno Seremban pula sokong ges4an Zahid ‘berehat’

Selepas Ketua Pemuda Umno Pontian, Mohd Helmi Buang meminta Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi ‘berehat’ daripada memimpin parti itu, giliran Ketua Pemuda Umno Seremban, Zool Amali Hussin pula mengg3sa perkara yang sama.

Menurut Zool Amali

Menurut Zool Amali, perkara itu telah lama disuarakan oleh ahli Umno di peringkat akar umbi terutama golongan muda.

“Saya senada dengan Ketua Pemuda Umno Pontian malah perkara ini sudah lama disuarakan dalam mesyuarat Umno cawangan, bahagian dan Pemuda bahagian di Seremban.

“Saranan ini bukan kerana kami tidak hormat presiden Umno ataupun men1dakkan keputusan pemilihan parti, tapi inilah suara pemuda, suara akar umbi.

“Kami tidak memb3nci presiden, cuma kami sayangkan Umno,” katanya dipetik Utusan Online hari ini.

Semalam, Mohd Helmi meminta Ahmad Zahid berehat daripada memimpin parti itu kerana menurutnya pendekatan pemimpin perlu ada perubahan yang ketara mengikut arus zaman.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Mohd Helmi mempertahankan pendiriannya walaupun terpaksa berdepan tindakan.

“Saya reda, terpulang kepada pucuk pimpinan parti jika nak hukum saya.

“Saya pertahankan pendirian (supaya presiden berehat) saya dan tak akan berpatah balik,” katanya kepada Malaysiakini.

Saranan Mohd Helmi itu dis4nggah beberapa pemimpin sayap parti itu.

Antaranya Exco Pemuda Umno, Mustafa Shah Abdul Hamid yang berkata ahli Umno sepatutnya bersatu padu dan berdiri teguh di belakang presiden ketika Umno berdepan situasi sukar.

‘Beri Zahid peluang’

Ir Abdul Aziz Julkarnain

Sementara itu, dalam satu kenyataan malam ini, Ketua Pemuda Umno Sabah, Ir Abdul Aziz Julkarnain berkata Zahid perlu diberikan peluang untuk terus memimpin Umno.

“Sebagai ahli parti, kita harus menghormati perlembagaan parti. Beliau telah dipilih sebagai presiden melalui pemilihan yang sah.

“Beri beliau peluang untuk mengubah Umno. Meminta beliau berundur tidak akan menyelesaikan apa-apa kecuali mempromosikan lebih banyak perpecahan dalam parti,” kata pemimpin parti Melayu itu dalam kenyataan yang ditulis dalam bahasa Inggeris.

Kata Abdul Aziz, presiden tidak mempunyai kuasa mutlak dan Umno masih mempunyai Majlis Tertinggi untuk melakukan semak dan imbang dalam parti itu.

“Sekiranya kita mempertikaikan presiden, kita harus meminta seluruh anggota majlis tertinggi untuk mengundurkan diri.

“Ingat, kita berada di pusingan terakhir, dan jika kita tidak menyukainya (Zahid), kita masih ada pemilihan parti tahun ini. Sesiapa sahaja boleh mencabarnya jika mereka mahu,” katanya.

‘Saya rela dihvkum kerana g3sa presiden Umno berundur’

Malaysiakini

Terdahulu, Ketua Pemuda Umno Pontian, Helmi Buang mempert4hankan pendiriannya supaya Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berehat secara terhormat meskipun berdepan t1ndakan parti.

Jelasnya, apa yang disuarakannya adalah pandangan peribadi mahu melihat parti itu kembali meraih kepercayaan rakyat dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) nanti.

“Saya reda, terpulang kepada pucuk pimpinan parti jika nak hvkum saya.

“Saya pejuang Umno, bukan pejuang individu. Kita nak yakinkan rakyat, jika undi 18 dilaksanakan, Umno akan dilihat lem4h dan mereka (pengundi muda) beralih kepada parti lain.

“Saya pert4hankan pendirian (supaya presiden berehat) saya dan tak akan berp4tah balik,” katanya kepada Malaysiakini.

Zahid menghadap Agong esok - Utusan Digital

Umno Pontian dipimpin oleh Menteri Besar Johor Hasni Mohamad.

Pemimpinnya kanannya terdiri daripada tokoh Umno pusat iaitu Timbalan Ketua Bahagian Ahmad Maslan (setiausaha agung Umno) dan Naib Ketua Bahagian Sumali Reduan (setiausaha kerja Umno).

Menjawab soalan, Helmi bagaimanapun berkata keputusan itu adalah pendirian peribadinya.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan maklum balas pemimpin kanan lain Umno Pontian.

Zahid pada 2018 pernah “bercuti” dan menyerahkan tugasnya, termasuk termasuk jawatan pengerusi BN, kepada timbalannya Mohamad Hasan.

Ia susulan t1ndakan beberapa anggota parlimen Umno keluar parti serta kr1tikan bahawa Umno tiada hala tuju di bawah pimpinannya.

Selepas setahun, Zahid bagaimanapun kembali memegang jawatan itu.

Dalam pada itu, Helmi berkata dia meminta Ahmad Zahid berehat secara terhormat demi kepentingan parti.

Ia selepas melihat masih wujud “klvster” ataupun kelompok tertentu dalam Umno yang cuba menjadi pencatur kuasa.

“Penyusunan semula parti tidak relevan, masih lagi ada kluster atau warl0rd (pemimpin berpeng4ruh) dalam Umno yang bertanding untuk tentukan siapa berkuasa.

“Oleh itu presiden parti perlu berehat secara terhormat,” katanya lagi.

Helmi berkata, saranannya ini tidak mempunyai kaitan dengan kes mahk4mah dihadapi Ahmad Zahid selain mengakui presiden Umno itu bekerja untuk rakyat.

 

Sumber: Mkini

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*