Sah! Shuib tingg4lkan Hot FM, ‘Geng Pagi Hot’- “Kepvtusan ini dah lama saya fikirkan…”

PELAWAK yang juga penyampai radio Hot FM, Shuib mengambil kepvtusan untuk mengundurkan diri daripada stesen berkenaan.

Mengumumkan berita sedih itu semasa siaran Geng Pagi Hot (GPH), Shuib atau nama sebenar Shahmira Muhamad, 36, berkata dia sudah lama memikirkan mengenai perkara itu sehinggalah nekad dengan kepvtusan tersebut.

“Ini masa sesuai… nak kata sesuai sangat pun tak pastilah tapi saya nak umumkan secara rasmi hari ini 18 Januari saya tidak lagi bersama GPH.

“Kepvtusan ini dah lama saya fikirkan… saya dah maklumkan terlebih dahulu kepada pengurusan dan penerbit program.

“Beberapa hari lagi genap dua tahun saya di sini dan tarikh akhir kontrak bersama Hot FM adalah pada 31 Januari ini, ” katanya semasa bersiaran di konti pada pagi.

Perkongsian di laman Instagram Hot FM.

Pengumuman Shuib itu bukan sahaja mengejutkan pendengar, malah rakan penyampai GPH iaitu Shuk dan Fizie turut memaklumkan mereka tidak mengetahui mengenai perkara ini.

“Kau biar betul Shuib? Apa yang drastik sangat kepvtusan kau ni. Main-main ke betul-betul?

“Kita dah janji GPH kita bertiga… dah la kita baru tahu masa kau buat pengumuman ni je, ” kata Fizie dan Shuk.

Sementara itu, menerusi Instagram Hot FM memaklumkan Shuib mengambil kepvtusan untuk meninggalkan Hot FM kerana memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap perniagaan yang dijalankan.

Shuib sudah dua tahun berkhidmat sebagai penyampai radio di Hot FM.

“Setelah dua tahun bersama GPH, Shuib memutuskan untuk menumpukan perhatian dalam businessnya.

“Kami mendoakan yang terbaik untuk Shuib. Dengarkan minggu terakhir Shuib bersama GPH minggu ini, ” tulis pengendali akaun berkenaan.

Shuib memulakan tugas sebagai penyampai radio Hot FM pada awal Februari 2019.

Sebelum ini, Shuib bersama Sinar FM selama dua tahun sebelum menamatkan perkhidmatannya.

Menjengah ke ruangan komen Instagram @shuibsepahtu, rata-rata pengikutnya turut berasa sedih dan mendoakan agar dia berjaya dalam urusannya kelak.

Malah, isteri Shuib iaitu Siti Sarah Raissuddin juga sempat menitipkan doa dan sentiasa menyokong keputusan dibuat oleh suaminya.

Moga Allah mempermudahkan segala urusan

Selamat maju jaya Shuib

Rindu suara Shuib nanti

Semoga maju jaya, fokus dan jangan tamak

Dah takde duit dari kayangan

Penguat kuasa tutup kedai minuman Shuib, s4lah satu cawangan tiada lesen?

Terdahulu, nama Shuib Sepahtu semakin dikagumi ramai kerana kejayaan dalam bidang perniagaan dimana kafe miliknya Bubble Bee mendapat sambutan hangat di kalangan rakyat Malaysia.

Berkat gandingan usaha bersama isteri, penyanyi Siti Sarah bagai cendawan tumbuh selepas hujan, dia berjaya mengembangkan beberapa cawangan Bubble Bee di sekitar negara.

Terbaru, timbul satu isu berkenaan sebuah cawangan baru Bubble Bee di Jalan Beserah, Kuantan telah diserbu oleh pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) kerana dikatakan beroperasi tanpa lesen premis perniagaan.

Malah, pengendali makanan yang bekerja di kafe itu juga didakwa tidak mempunyai kad kesihatan. Laporan itu dikongsi menerusi laman Facebook MPK hari ini.

Penutupan kedai minuman

“Penutupan kedai minuman Bubble Bee di Jalan Beserah kerana beroperasi tanpa lesen premis perniagaan.

Selain dari tiada lesen perniagaan, pengendali makanan juga tidak mempunyai kad kesihatan,” tulis kapsyen posting tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menunjukkan reaksi yang berbeza-beza. Ada yang menyokong tindakan MPK, namun ada juga yang tidak bersetuju dan mempersoalkan tindakan MPK yang disifiatkan ‘memilih bulu’.

Mana Shuib, macam mana meniaga takde lesen

Tak sabar nak buka sampai lupa tunggu lesen siap ke?

MPK meny4man laju, banj1r terus gh4ib

MPK ni kej4m sangat, bagilah ‘warn1ng’ dulu

Bagaimanapun, seorang individu yang mend4kwa dirinya sebagai wakil bahagian pengurusan kedai tersebut turut tampil memberi penjelasan di ruangan komen posting berkenaan.

Baru lancar semalam?

 

Menurutnya, mas4lah terbabit terjadi kerana setiap dokumen yang dihantar menggunakan khidmat ‘runner’ perlesenan, tidak diserahkan ke bahagian perlesenan MPK.

Kami akan buka lepas selesai urusan

Kafe tersebut pertama kali beroperasi di Menara U2, Shah Alam pada Disember 2019 lalu. Sepanjang tahun 2020 sahaja, sebanyak 28 rangkaian atau cawangan mula beroperasi dari semasa ke semasa.

 

Sumber: mStar, OMM, Facebook Majlis Perbandaran Kuantan

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*