“Kelas Online Tapi Kena Bayar Yuran Sekolah Full, Tak L0giklah”- Nabila Huda

Pelakon dan pengacara Nabila Huda menyuarakan pandangan mengenai kewajipan membayar yuran sekolah penuh sedangkan pelajar hanya mengikuti kelas atas talian sejak tahun lalu.

Kata Nabila atau lebih mesra dengan panggilan Abil, dia antara penjaga yang turut terkesan dengan sistem yuran penuh tersebut justeru menyeru orang ramai agar berhenti membayar yuran sekolah penuh.

Nabila Huda tak puas hati dengan yuran sekolah?

“Kepada ibu bapa semua, inilah masanya kita berhenti bayar yuran sekolah kalau tiada siapa pun nak bantu kita selesaikan masalah yang sudah berbelanja duit dari tahun lepas untuk anak-anak tapi hanya kelas online.

“Kelas online tapi masih nak kena bayar penuh tak logik langsunglah. Sekolah pun tutup, bukan ada orang pakai kemudahan. Cuma nak bayar gaji cikgu.

“Kenapa kita nak kena terus membayar macam ni. Tak semua anak boleh faham sepenuhnya dengan online classes.

“Memanglah orang akan cakap tak tahu belajarlah kena biasa dengan norma baharu. Norma baharu takde masalah. Tapi kenapa nak kena bayar full yuran.

“Tak boleh ke sekolah bertolak ansur jugak faham situasi kami, macam kami faham situasi korang nak kena bayar gaji cikgu? Seriously, tak ok langsung cara ni. Ini tak adil buat kami,” katanya.

Abil turut risau tentang keberkesanan pembelajaran dalam talian memandangkan kebanyakan pelajar kurang gemar dengan medium yang dipraktikkan masa kini.

“Sekarang, saya fikir saya kena move forward, berhenti fikir pasal nak kena hantar Keisha pergi sekolah or this online classes.

“Saya sudah mulai risau anak semakin membesar, banyak subjek yang tak belajar secara proper sebab kids tak berminat pun nak mengadap laptop semua ni sebab mereka perlu sentuh, tengok untuk faham setengah subjek.

“This virtual study tak 100 percent works for my daughter. It’s about time untuk home school walaupun dulu saya memang pangkah sama sekali home school sebab saya nak dia belajar bergaul and enjoy her childhood.

“Tapi dalam keadaan sekarang, saya dah tiada pilihan. Saya sedang mencari guru yang boleh ajar anak saya subjek penuh,” katanya.

 

Sumber: Gempak, Instagram Nabila Huda

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*