“Swab Test Harga RM200, Bukan Semua Mampu”- Hafiz Mahamad Nak Belanja 100 Orang Buat Ujian S4ringan

Personaliti Media Sosial Hafiz Mahamad terpanggil untuk membantu 100 orang yang tidak berkemampuan bagi melakukan ujian saringan C0VID-19.

Menerusi laman sosial Instagram, Hafiz, 27, berkongsi berita baik itu untuk tatapan umum.

“Esok saya akan bantu 100 orang untuk buat swab test. Minta doa sahabat semua, ada sebab saya buat.

“Swab test harga RM200 – RM300. Bukan semua yang mampu dan mereka tak tahu macam mana condition mereka.

Saya kesian sangat bila dengar ada yang cakap “nak buat macam mana bang, ok tak ok kami kena kerja macam biasa sebab nak buat swab pun kami kena perah tenaga”.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

“Insya Allah apa sedikit yang ada saya cuba bantu sebab awak semua sahabat-sahabat saya,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

Pada 14 Januari lalu, Hafiz disahkan positif C0VID-19 selepas pulang dari Pulau Pinang atas urusan kerja.

Tindakan murni usahawan kosmetik ini mendapat pujian wargamaya apabila dia sering menghulurkan bantuan pada mereka yang memerlukan.

Malah, ada wargamaya yang turut meninggalkan komen mahu mengambil ujian saringan secara percuma ini dan turut memberikan cadangan siapa yang harus diberi keutamaan.

“Moga beri keutamaan kepada pekerja industri, Grab Food, Food Panda, Lalamove, BungkusIt, runner dan mereka yang ada simptom kerana pihak KKM lebih utamakan yang ada simptom,” cadang seorang wargamaya.

“Salam, macam mana nak buat tu? Saya nak,” tanya seorang wargamaya.

“Semoga ada rezeki saya sekeluarga. Suami saya pergi kerja naik public transport. Kadang-kadang risau anak masih kecil. Balik je anak terus menerpa dekat papa dia,” ujar seorang wargamaya.

“Suri rumah macam saya ni boleh buat tak? Husband kerja jumpa ramai orang. Anak pun tengah demam sekarang. Saya seminggu ni rasa seram sejuk macam nak demam. Risau juga kalau tiada simptom tapi positif,” kata seorang wargamaya.

 

Selepas 10 hari menjalani kuarantin di rumah, Hafiz telah disahkan bebas daripada virus itu beberapa hari yang lalu.

Isterinya, Nur Syafiqah Aina Abdul Wahab, 26, dan anak perempuan mereka Raisya Arisa yang berusia dua tahun disahkan negatif C0VID-19.

 

Sumber: Gempak

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*